Utusan Borneo (Sabah)

Dua pekerja kaunter didakwa pecah amanah

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki pekerja kaunter didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang hasil kutipan harian syarikat.

Bagaimanap­un Mohamad Adzlan Ombra@Omrah, 25, dan Mohd Fahmi Azri Rusli, 24, yang didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan masing-masing mengaku tidak bersalah.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara antara tempoh setahun hingga 14 tahun dengan sebat serta boleh dikenakan denda.

Mohamad Adzlan didakwa melakukan pecah amanah ke atas wang kutipan harian syarikat RM5,172.81yang diamanahka­n kepadanya, pada 19 Januari hingga 30 Jun tahun lalu di syarikat Accord Regency Sdn Bhd di sini.

Terdahulu, tertuduh memohon diberikan ikat jamin dan menyatakan baru melangsung­kan pernikahan­nya dua bulan lalu.

Dalam pada itu Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja memberitah­u pihaknya akan memanggil lima saksi untuk memberikan keterangan.

Hakim Azreena menetapkan pengurusan kes pada 18 Mac terhadap tertuduh yang diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Mohamad Adzlan tidak diwakili peguam.

Sementara Mohd Fahmi yang diamanahka­n dengan hasil wang kutipan harian syarikat sebanyak RM21,378.94 didakwa menggunaka­n wang berkenaan, pada 21 Januari hingga 31 Ogos tahun lalu di tempat sama.

Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip menawarkan tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Peguam Mohd Luqman Syazman Zabidin yang mewakili tertuduh memohon jumlah berkenaan dikurangka­n kerana tertuduh perlu menanggung keluargany­a dan menyatakan gajinya hanya RM900 sebulan.

Hakim Elsie Primus menetapkan pengurusan kes pada 26 Februari terhadap tertuduh yang diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 deposit RM3,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Peguam Shahlan Jufri turut mewakili Mohd Fahmi.

Di Kuala Lumpur, seorang penganggur yang sebelum ini pernah didakwa atas pertuduhan menipu dalam skim pelaburan Yayasan PBI Sedunia yang tidak wujud, dihadapkan lagi ke Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah lebih RM480,000.

Tham Yik Keong, 50, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Tham, bapa empat anak itu didakwa menerima deposit daripada ahli perniagaan, Lew Yoke Fah, 59, berjumlah RM484,753 tanpa suatu lesen sah yang diberikan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013 di Bank RHB Kepong, di sini antara 22 Mei dan 2 Jun 2017.

Pendakwaan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda yang boleh sampai RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia