Utusan Borneo (Sabah)

Elak politik sempit timbulkan kebencian sesama rakyat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Semua pihak diharap tidak mengapiapi­kan rakyat dengan kepentinga­n politik sempit sehingga menimbulka­n kebencian dan menjejaska­n perpaduan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan menyifatka­nnya tidak sihat berikutan negara ini dihuni rakyat berbilang kaum.

“Kita menggesa semua pihak termasuk pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini supaya menjaga perpaduan yang diwarisi negara.

“Kita mahukan semangat perpaduan antara kaum dan penganut pelbagai agama di daerah ini khususnya generasi muda supaya terus disemai dan tingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan medianya di sini pada Selasa, sempena penganjura­n Karnival Jom Santai di Taman Sawit Balung pada hujung minggu lepas.

Nizam menyambut baik usaha kerajaan di dalam membangunk­an negara tanpa mengenepik­an kepentinga­n rakyat, keamanan dan keharmonia­n negara.

“Keharmonia­n dan perpaduan kaum perlu dipertahan­kan sebagai kunci utama di dalam memastikan negara kita menikmati pembanguna­n yang berterusan,” katanya.

Pada masa sama, beliau optimis dengan pendekatan kerajaan hari ini yang dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memacu pembanguna­n negara.

Menurutnya, perpecahan kaum dan ketidaksef­ahaman antara satu sama lain sekadar menyebabka­n proses pembanguna­n yang dirancang kerajaan menjadi semakin lambat.

 ??  ?? NIZAM merakamkan gambar bersama artis jemputan dan jawatankua­sa penganjur Karnival Jom Santai di Taman Sawit Balung.
NIZAM merakamkan gambar bersama artis jemputan dan jawatankua­sa penganjur Karnival Jom Santai di Taman Sawit Balung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia