Utusan Borneo (Sabah)

Program Kinabalu Hijabista tarik perhatian usahawan

- Kinabalu Hijabista Contest 2019.

KOTA KINABALU: Program ‘Kinabalu Hijabista Contest 2019’ yang diadakan di 1Borneo Shopping Mall selama tiga hari berjaya menarik perhatian usahawan dan pengunjung ke kompleks beli-belah terkemuka itu.

Seramai 30 peserta berentap untuk merebut gelaran juara pada kali ini. Kinabalu Hijabista Contest 2019 dikendalik­an oleh Laiga Exclusive yang dilantik oleh Kinabalu Entreprene­ur untuk mengendali­kan program itu.

Pertanding­an itu diselitkan dengan beberapa slot yang berkonsep info seperti demo makeup oleh jurusolek antarabang­sa yang didatangka­n khas dari Brunei Darussalam, Elly Asbellah.

Selain itu, slot forum turut diselitkan sebagai perkongsia­n ilmu kepada peserta dengan membawa tajuk ‘How To Be A Founder’ yang dikendalik­an oleh moderator Jefry Ali dan tiga panel iaitu Sarzilawat­i Samad, Mastina Masir dan Surya Sufi.

Pakej borong china juga menjadi acara yang dinantikan oleh pengunjung dan peserta

PESERTA

yang disampaika­n oleh Ros m alin, yang berpengala­man terhadap pakej itu.

Daripada 30 peserta, hanya 15 yang dipilih ke peringkat separuh akhir dan lima orang ke peringkat akhir.

Siti Fatimah Abdul Lamit berjaya merangkul gelaran juara dan Noridah Mohd Ali di tempat kedua manakala Sharinah Madrin tempat ketiga.

Ketiga-tiga pemenang ini akan menjadi ‘founder’ tudung jenama sendiri yang akan dikeluarka­n oleh Syarikat Laiqa Exclusive.

Penaja utama tudung peserta pada kali ini ialah The Hijab world, makan dan minum peserta ditaja oleh Restoran Seri Keningau dan desert ditaja oleh Kak Kiah Cake.

Kesemua peserta juga menerima baucer tunai bernilai RM4,500 yang disumbangk­an oleh Elly untuk mengikuti kelas makeup beliau.

Seramai 16 peserta ditaja oleh Noraini Sulong selaku pengerusi Koperasi Usahawan Sandakan Berhad.

Program itu turut melibatkan 10 ahli Wirawati Warisan Sabah.

Acara penutup telah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah Masturah Haji Jamrah. Beliau juga melancarka­n pakej LaiQa Prihatin untuk membantu golongan autisme.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia