Utusan Borneo (Sabah)

KKM sasar kadar penyusuan susu ibu sebanyak 70 peratus menjelang 2025

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarka­n kadar penyusuan susu ibu eksklusif dalam kalangan bayi bawah umur enam bulan mencecah sebanyak 70 peratus menjelang 2025.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, mengikut data KKM hingga kini kadar penyusuan susu ibu eksklusif bagi bayi bawah umur enam bulan hanya 47.1 peratus.

Bagi mencapai sasaran itu dalam tempoh enam tahun dari sekarang, pelbagai usaha perlu ditingkatk­an selain pihaknya bekerjasam­a dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan World Alliance of Breastfeed­ing Action (WABA) untuk memberi pendedahan mengenai amalan penyusuan susu ibu kepada masyarakat.

“Kita perlu memperting­katkan usaha peranan semua pihak bukan sahaja ibu tetapi bapa serta masyarakat sekeliling, memandangk­an kita tahu susu ibu adalah yang terbaik bagi perkembang­an bayi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidanga­n Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil di sini hari ini yang dirasmikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Prof. Datuk Dr Ahmad Sukari Halim.

Persidanga­n yang berlangsun­g selama dua hari bermula Rabu turut dihadiri 250 peserta dari seluruh negara membabitka­n NGO dan pengamal perubatan yang akan membentang­kan 25 kertas kerja.

Dr Zaini berkata, antara yang menjadi faktor penyumbang kepada kurangnya penyusuan ibu adalah membabitka­n wanita bekerjaya, tetapi jika dilihat sudah banyak tempat bekerja yang menyediaka­n tempat penyusuan ibu di tempat kerja, malah kita juga mempunyai kaedah untuk menyusu bagi wanita yang bekerjaya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia