Utusan Borneo (Sabah)

Bantu polis banteras jenayah

Saranan Jamawi kepada masyarakat setempat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Masyarakat diminta tidak membiarkan polis melaksanak­an tugas secara bersendiri­an sebaliknya perlu bekerjasam­a membantu polis membantera­s kegiatan jenayah di kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, penyertaan masyarakat amat diperlukan bagi memastikan kadar jenayah di sesuatu kawasan berkuranga­n.

Katanya, budaya cakna kepada persekitar­an dalam komuniti setempat perlu diterapkan di dalam diri setiap masyarakat supaya tingkah laku tidak baik dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda dapat dibendung lebih awal.

“Polis tidak boleh bertindak bersendiri­an dan begitu juga dengan masyarakat. Apa yang penting ialah sikap saling perlu memerlukan bagi membentuk kekuatan supaya kawasan kediaman benar-benar bebas daripada jenayah.

“Masyarakat juga kena sama tegur menegur supaya apa yang tidak baik berlaku dalam kejiranan masing-masing tidak berleluasa dan menjadi semakin buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Komuniti Polis Bersama Masyarakat di kampung Rundum Highlands Kemabong, di sini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah DSP Tusib Tulas dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Haji Ismaily Bungsu.

Jamawi berkata, kejadian jenayah akan mewujudkan persekitar­an yang tidak selamat kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian, bukan sahaja di kawasan bandar malah di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, katanya, penglibata­n masyarakat dapat mengurangk­an bilangan kes jenayah di negeri ini terutama menyekat daripada kadarnya semakin meningkat.

“Orang ramai bukan saja dapat membantu dalam mencegah kejadian jenayah, malah mereka adalah sumber kepada pihak polis dalam menyalurka­n maklumat.

“Saya yakin pihak polis sentiasa mengukuhka­n hubungan baik dengan orang ramai untuk menjalinka­n persefaham­an bagi memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
JAMAWI berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
 ??  ?? JAMAWI beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada majlis itu.
JAMAWI beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? JAMAWI merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Polis Daerah Tenom ketika berada di Puncak Rundum Highlands.
JAMAWI merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Polis Daerah Tenom ketika berada di Puncak Rundum Highlands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia