Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan FPSK UNIMAS ke UMS bincang potensi kolaborasi

-

KOTA KINABALU: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima lawatan kerja rombongan FPSK Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Dekan FPSK Prof DrMohammad Saffree Jeffree berkata, kunjungan rasmi oleh rombongan seramai 32 orang yang diketuai oleh dekannya, Prof Dr Hj Ahmad Hata Rasit itu adalah untuk perkongsia­n maklumat serta perbincang­an potensi kolaborasi antara kedua-dua pihak.

“Selain sesi pengenalan FPSK dan Hospital UMS kepada delegasi dari UNIMAS, turut diadakan adalah sesi perbincang­an potensi kolaborasi penyelidik­an dan pengurusan hospital, selain lawatan ke beberapa tempat di kampus UMS antaranya Muzium Perubatan UMS, Pusat Penyelidik­an Perubatan dan Kesihatan Borneo, Bangunan Canselori dan Jeti ODEC, serta tinjauan tapak HUMS.

“Pada sebelah malamnya pula, rombongan tetamu UNIMAS telah diraikan dengan majlis makan malam di Restoran Nelayan Bukit Padang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad merakamkan penghargaa­n kepada UMS di atas kesudian menerima kunjungan hormat itu.

“Pihak UNIMAS turut menjemput pihak UMS untuk mengadakan kunjungan balas bagi lawatan kerja ke UNIMAS dan berharap agar kerjasama serta persahabat­an ini akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama sepanjang sesi lawatan itu, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabang­sa FPSK Dr Fairrul Kadir, Timbalan Dekan Penyelidik­an dan Pascasiswa­zah Dr Firdaus Mohd Hayati serta Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti Dr Yeap Boon Tat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia