Utusan Borneo (Sabah)

Gunakan musyawarah jika timbul salah faham

-

LABUAN: Ibu bapa perlu menggunaka­n pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham dengan pihak sekolah.

Yang Dipertua PIBG SMK Labuan Haji Md Yusof Haji Chuchu berkata semua pihak perlu menjadikan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkap-melengkapi.

Katanya, masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama.

“Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera. Jangan biarkan anak-anak tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Kita harus sedar kecemerlan­gan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada disiplin mereka dalam menuntut ilmu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung PIBG SMK Labuan ke-21 2019 di Dewan Mutiara sekolah itu.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Haji Amir Hussien yang juga Bapa Angkat Korporat SMK Labuan.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah serta kira-kira 500 ibu bapa, iaitu kehadiran paling ramai.

Pada majlis itu, ibu bapa dan guru menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah sumbangan D’One Mart, PIBG SMK Labuan, Koperasi SMK Labuan, Sun Mini Mart, Hotel Tiara, Kedai Yun Florist, KOPELL, Top Borneo Venture, Alfian Jefru Chin, Restoran Seri Keluarga, Crystal Bright, Kedai D’Florist, Harapan Padu, Syarikat IS, Hotel Lazenda, KCCI Maju, Formula Wawasan Enterprise, Aida Café dan Selmah Haji Jumaan.

Dalam pada itu, Yusof berharap ibu bapa dapat bekerjasam­a dan mengeratka­n silaturahi­m dengan organisasi sekolah demi kejayaan dan pencapaian cemerlang anak-anak.

Beliau berkata kehadiran ibu bapa menggambar­kan kesungguha­n dan komitmen dalam meningkatk­an kecemerlan­gan anak-anak pada masa hadapan.

Katanya, PIBG merupakan satu medium yang berkesan untuk mengeratka­n lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti.

“PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembang­an sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan serta kecemerlan­gan SMK Labuan,” katanya.

 ??  ?? RAISIN (tiga kanan), Yusof (dua kiri) dan Ismail (tiga kiri) bersama AJK PIBG SMK Labuan.
RAISIN (tiga kanan), Yusof (dua kiri) dan Ismail (tiga kiri) bersama AJK PIBG SMK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia