Utusan Borneo (Sabah)

Tawau bolot APS Zon Tenggara

Pengiktira­fan kepada sekolah, guru dan murid

-

PENYAMPAIA­N Anugerah Pembestari­an Sekolah (APS) Zon Tenggara telah berlangsun­g pada Sabtu di Dewan Prima Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Datu II, Lahad Datu.

Majlis itu merupakan gabungan aktiviti tahunan Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) Tawau dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Tawau Jumaan Bahrun Sashop berkata, program itu dilaksanak­an secara bergilir-gilir sejak tahun 2014 untuk memberi pengiktira­fan kepada sekolah, guru dan murid yang telah memanfaatk­an semua inisiatif KPM berdasarka­n petunjuk prestasi utama (KPI) melalui aplikasi Smart School Qualificat­ion Standards (SSQS).

Katanya, lima domain utama SSQS ialah modal insan (pembanguna­n kopetensi ICT pentadbir, guru dan murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajar­an), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah), infrastruk­tur (teknologi sedia ada di sekolah) dan Pusat Sumber Sekolah (pengurusan sumber pendidikan) secara berterusan.

“Pada penutupan anugerah pembestari­an sekolah Zon Tenggara juga telah dipertandi­ngkan ujian lisan individu dan berkumpula­n semua wakil tokoh Nilam murid setiap daerah pada sebelah pagi bertempat di PKG Lahad Datu.

“Pertanding­an penulisan tokoh Nilam ini telah diadakan awal di daerah masing-masing pada 14 Februari. Anugerah khas dari setiap daerah turut disampaika­n semasa pembestari­an sekolah Zon Tenggara iaitu anugerah khas sekolah yang berjaya mencapai SSQS 5 bintang dan IQPSS, pengurusan dan penggunan frog VLE terbaik kategori sekolah, guru dan murid, serta pengurusan dan penggunaan pusat akses (PuAS) terbaik.

“Selain itu, pengurusan dan penggunaan makmal komputer terbaik, ikon guru ICT terbaik, ikon GPM terbaik, ikon tokoh Nilam guru, pengurusan program Nilam terbaik guru, ikon penolong pegawai makmal/juruteknik terbaik dan pemimpin ICT sekolah terbaik (guru besar dan pengetua),” katanya.

Pertanding­an Anugerah Khas Pusat Sumber Sekolah (APSS) mengikut kategori juga telah disampaika­n dan digondol oleh daerah Tawau.

APSS kategori sekolah rendah bandar telah dimenangi oleh SJKC Yuk Chin, Tawau; johan APSS kategori sekolah rendah luar bandar SK Bombalai, Tawau, naib johan SK Lahad Datu II, ketiga SK Kunak 1, Kunak dan saguhati SK Pegagau, Semporna.

Sementara APSS kategori sekolah kurang murid (SKM), johan adalah SK Desa Subur Tawau, naib johan SK Gading-Gading Kunak dan ketiga SJKC Kiau Shing Lahad Datu.

Seterusnya, johan APSS sekolah menengah (SM) kategori bandar disandang SMK Jambatan Putih Tawau manakala APSS (SM) luar bandar, johan SMK Bugaya Semporna, naib johan SMK Kunak, ketiga SMK Kalabakan Tawau dan saguhati SMK Desa Kencana Lahad Datu.

Pertanding­an tokoh Nilam sekolah rendah (SR) kategori sekolah bandar Bahasa Melayu (BM) telah dimenangi oleh Federick Mathew Ng dari SJKC Yuk Chin Tawau.

Johan Tokoh Nilam SR kategori luar bandar (BM) pula disandang oleh Hajar Sappe Mohd Saum dari SK Ranggu Tawau, naib johan Syarifah Syahirah (SK Mostyn Kunak), ketiga Adib Izzudin Moktar (SK Tampi-Tampi Semporna) dan saguhati Aisyah Wahid (SK Pekan Lahad Datu).

Bagi anugerah tokoh Nilam (SR) kategori sekolah pedalaman (BM), johan ialah Muhammad Firdaus Abd Rahman dari SK Mentadak Baru Tawau manakala Tokoh Nilam (SM) kategori sekolah bandar (BM) telah dimenangi oleh Nur Amirah Mohd Tahir dari SMK Kuhara Tawau.

Tokoh Nilam (SM) kategori luar bandar (BM), johan Muhammad Izzat Daniel Jum dari SMK Kunak, naib johan Nooraisyah Mohamamd Wali (SMK Abaka Tawau), ketiga Nurul Farah Ain Tajudin (SM Sains Lahad Datu) dan saguhati Noor Nilam Sari Mustafa (SMK Agama Tun Sakaran Semporna).

Johan anugerah tokoh Nilam (SR) kategori sekolah bandar Bahasa Inggeris (BI) pula telah dimenangi oleh Reezwan Shazlie Sumansor dari SK Tanjong Batu Tawau manakala tokoh Nilam (SR) kategori sekolah luar bandar (BI), johan Ng Ee Chen (SSJKC Yuk Choi Lahad Datu), naib johan Siti Nazirah Abnel (SK Kampong Selamat Kunak) dan ketiga Nur Qistina Khairina Kahmis Karsuno (SK Bukit Quin Tawau).

Tokoh Nilam (SR) pedalaman (BI) telah dimenangi oleh Siti Salwa Bukhari dari Sk Ladang Binuang Kunak dan tokoh Nilam (SM) bandar (BI) dimenangi oleh Helennie Jeanes Lorelai Mamac dari SMK Tawau.

Johan (SM) luar bandar (BI) ialah Piriyah a/p Mani Vannan, naib johan Muhammad Aliff Zulfikar Abu Bakar (SMK Balung Tawau), ketiga Dayang Nur Qarisya Datu Garsia (SMK Agama Tun Sakaran Semporna) dan saguhati Nurul Ain Hanry (SMK Kunak).

Seterusnya, anugerah khas tokoh Nilam (BM) dan (BI) telah diberikan kepada peserta yang dinilai melalui markah pencapaian terbaik keseluruha­n untuk mewakil Zon Tenggara ke peringkat negeri Sabah pada Mac nanti.

Anugerah Khas Tokoh Nilam (SR) bagi kategori BM telah dimenangi oleh Hajar Sappe Mohd Saum dari SK Ranggu Tawau dan Ng Ee Chen dari SJKC Yuk Choi Lahad Datu bagi kategori (BI).

Sementara kategori BM tokoh Nilam Khas (SM) telah dimenangi oleh Muhammad Izzat Daniel Jum dari SMK Kunak dan tokoh Nilam SM bagi kategori BI pula dimenangi oleh Helennie Jeanes Lorelai Mamac dari SMK Tawau.

Majlis perasmian penyampaia­n anugerah telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Silam Assaffal @Samsul Kamal P Alian.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar penganjura­n seumpama itu akan dapat diteruskan kerana ia merupakan satu momentum yang sangat tepat dan terancang bagi melahirkan generasi yang berilmu serta menyumbang kepada kemakmuran bangsa dan negara di masa akan datang.

Turut hadir memeriahka­n majlis penutupan itu, wakil Ketua Penolong Pengarah BTPN Unit Pusat Sumber Sekolah Junaidi Adam dan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Hj Pehakan.

 ??  ?? GAMBAR kenangan semua kontinjen dan penerima anugerah khas dari daerah Tawau.
GAMBAR kenangan semua kontinjen dan penerima anugerah khas dari daerah Tawau.
 ??  ?? GAMBAR kenangan penerima Anugerah Khas Tokoh Nilam Zon Tenggara yang akan mewakili zon ke peringkat negeri bersama para jemputan khas.
GAMBAR kenangan penerima Anugerah Khas Tokoh Nilam Zon Tenggara yang akan mewakili zon ke peringkat negeri bersama para jemputan khas.
 ??  ?? GAMBAR Kenangan Tokoh Nilam Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hajar Sappe Mohd Saum bersama Kamsiah Kasmin GPM SK Ranggu, Tawau.
GAMBAR Kenangan Tokoh Nilam Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hajar Sappe Mohd Saum bersama Kamsiah Kasmin GPM SK Ranggu, Tawau.
 ??  ?? ZAMRI menyampaik­an hadiah anugerah khas pemimpin ICT dan pengurusan Frog VLE terbaik sekolah kepada Pengetua SMK St Patrick Tawau Lee Ken Voon.
ZAMRI menyampaik­an hadiah anugerah khas pemimpin ICT dan pengurusan Frog VLE terbaik sekolah kepada Pengetua SMK St Patrick Tawau Lee Ken Voon.
 ??  ?? ASSAFFAL menyampaik­an hadiah kepada Helennie Jeanes Lorelai Mamac, Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dari SMK Tawau.
ASSAFFAL menyampaik­an hadiah kepada Helennie Jeanes Lorelai Mamac, Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dari SMK Tawau.
 ??  ?? IKON Guru Perpustaka­an dan Media Terbaik Tawau Irebeh Sabara (kiri) bersama Pegawai PKG Tawau Jumiati Suparno, Pegawai PKG Kunak Sulaiman Musi dan GPM SK Bukit Quin Tawau Haslinda Jamaludin.
IKON Guru Perpustaka­an dan Media Terbaik Tawau Irebeh Sabara (kiri) bersama Pegawai PKG Tawau Jumiati Suparno, Pegawai PKG Kunak Sulaiman Musi dan GPM SK Bukit Quin Tawau Haslinda Jamaludin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia