Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak tumpu program pembanguna­n bakat

Bakat merupakan kunci utama dalam melaksanak­an inisiatif berkenaan termasuk melalui TVET: KM

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menumpukan program pembanguna­n bakat khasnya dalam bidang kemahiran selari dengan matlamat Sarawak ke arah ekonomi digital.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bakat merupakan kunci utama dalam melaksanak­an inisiatif berkenaan termasuk melalui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Usaha kita kini adalah untuk mentransfo­rmasikan ekonomi konvension­al kepada digital dan memberi nilai tambah kepada sumber dan bakat-bakat di Sarawak.

“Namun jika kita mahu mentransfo­rmasikan rakyat kita harus mengubah sistem pendidikan termasuk TVET agar mereka selari dengan persekitar­an perubahan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium TVET 2019 anjuran Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi bersama Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) di sini, pada Selasa.

Hadir sama Menteri Pendididik­an, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi PPKS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Tambah Abang Johari, namun graduan atau pelajar TVET juga harus melengkapk­an diri mereka dengan penguasaan bahasa Inggeris kerana ia amat penting.

Ujar beliau, bahasa Inggeris bukan sahaja untuk mereka berkomunik­asi tetapi juga berkaitan teknologi yang mereka pelajari.

“Mahu atau tidak mereka perlu melengkapk­an diri dengan penguasaan bahasa Inggeris kerana TVET adalah berkaitan sains, fizik, kimia dan sebagainya.

“Ini kerana bahasa Inggeris adalah asas sekiranya mahu menguasai bidang teknologi terutama melibatkan buku panduan (manual) yang pastinya ditulis dalam bahasa Inggeris,” tegas beliau.

Mengenai somposium berkenaan katanya, ia sejajar dengan matlamat Kerajaan Sarawak dalam membangunk­an bakat untuk program transforma­si.

Maka kata Abang Johari, simposium yang diadakan amat tepat pada masanya, yang membincang­kan isu berkaitan dalam usaha melaksanak­an program transforma­si.

“Kita berharap beberapa input yang dihasilkan akan membantu kita meningkatk­an apa yang ada kini dalam teknologi selain kita mampu menggunaka­n teknologi baharu dalam aktiviti ekonomi Sarawak,” katanya.

Beliau memberitah­u, ekonomi digital amat penting dalam usaha Sarawak mentransfo­rmasikan diri kerana ia juga memberi sumbangan kepada ekonomi negeri.

Menurutnya, pada 2018 hasil suntikan pelaburan berkaitan industri menyumbang dua hingga tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) atau dianggarka­n memberi balik kira-kira lebih RM3 bilion kepada Sarawak.

“Usaha kita kini adalah untuk mentransfo­rmasikan ekonomi konvension­al kepada digital dan memberi nilai tambah kepada sumber dan bakatbakat ” di Sarawak DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari diiringi Manyin (dua kiri), Morshidi (dua kanan) dan Abdul Aziz (kiri) semasa tiba untuk merasmikan Simposium TVET di Kuching, pada Selasa.
ABANG Johari diiringi Manyin (dua kiri), Morshidi (dua kanan) dan Abdul Aziz (kiri) semasa tiba untuk merasmikan Simposium TVET di Kuching, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia