Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kes tipu di Kemboja diarah hafal skrip, berlakon

-

KUCHING: Mangsa kes penipuan pekerjaan di Kemboja mendakwa mereka diarahkan untuk menghafal skrip menjadi pegawai bank dan mahkamah serupa sindiket ‘Macau Scam.’

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani yang menambah, kesemua mangsa juga diarahkan membuat dan menjawab panggilan telefon.

“Sebaik sampai di sebuah rumah, mangsa-mangsa dikehendak­i menyerahka­n telefon bimbit dan pasport kepada lelaki-lelaki yang menjaga dan mengawal mereka.

“Berdasarka­n keterangan mangsa, mereka diarahkan menghafal skrip serta berlakon sebagai pegawai bank dan mahkamah yang kemudian membuat panggilan dan menjawab panggilan telefon serupa modus operandi ‘Macau Scam’,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Jelasnya, terdapat juga mangsa yang diarahkan untuk mempromosi­kan judi dalam talian melalui panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon yang disediakan.

Menurut Mustafa, sebanyak lapan laporan polis berhubung kes penipuan tersebut diterima sehingga semalam yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Siasatan mendapati mangsamang­sa telah diperdayak­an kononnya untuk bekerja dalam bidang perhotelan di Kemboja dengan gaji bulanan antara AS$1,200 dan AS$1,500.

“Mangsa-mangsa mendapat tahu berkenaan tawaran kerja palsu itu melalui Facebook dan juga WeChat,” katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa turut membayar yuran pemprosesa­n sebanyak AS$200 hingga AS$300 ke akaun bank dan kepada seorang rakyat tempatan (Sarawak).

“Setakat ini, suspek warga tempatan yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pekerjaan ini telah dikenal pasti dan usaha mengesanny­a sedang giat dijalankan,” kata Mustafa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia