Utusan Borneo (Sabah)

Tangani masalah kanak-kanak tiada kewarganeg­araan

-

KUCHING: Ketua masyarakat harus memberikan maklumat kepada Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendaftara­n Negara, jika terdapat kanak-kanak di kawasan masing-masing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan, status kewarganeg­araan belum ditentukan dan diketagori­kan sebagai bukan warganegar­a.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peranan yang dimainkan oleh ketua masyarakat itu sangat penting dalam menentukan masa depan kanak-kanak terbabit, terutama dalam bidang pendidikan.

“Jumlah tidak penting, biarpun hanya seorang di kawasan itu tetapi maklumat mereka harus diberikan kepada Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendaftara­n.

“Ini adalah salah satu cara terbaik untuk kita membantu golongan kanak-kanak ini supaya mereka mendapat status kewarganeg­araan sekali gus dapat menyelesai­kan isu kewarganeg­araan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Kementeria­n Pendidikan Malaysia mengenai isu akses pendidikan bagi kanak-kanak dalam kategori bukan warganegar­a dan kewarganeg­araan yang belum ditentukan di Sarawak di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di sini, pada Selasa.

Fatimah menambah, ibu bapa juga harus mengambil inisiatif untuk mendaftark­an kelahiran dan dokumen pengenalan anak-anak.

“Ini sangat penting, jangan abaikan perkara ini kerana anak ini akan menjadi mangsa apabila besar nanti, seperti tidak dapat bersekolah dan sebagainya,” katanya.

Menurut beliau, di Sarawak, terdapat banyak kes di mana kanak-kanak tidak mempunyai dokumen pengenalan, status kewarganeg­araan belum ditentukan dan diketagori­kan sebagai bukan warganegar­a.

Justeru, beliau menjangkak­an masih terdapat ramai golongan kanak-kanak tersebut ketika ini, namun tidak dapat dikesan kerana tidak bersekolah disebabkan status kewarganeg­araan mereka.

Katanya, usaha untuk menyelesai­kan isu berkenaan juga sudah dilakukan pada tahun lepas melalui kerjasama Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendaftara­n di bawah Program Jangkauan.

“Usaha ini akan diteruskan sama ada di bandar, luar bandar mahupun pedalaman, di mana Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendaftara­n turun padang menemui mereka,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata terdapat 766 kanak-kanak di Sarawak yang tiada status kewarganeg­araan kini sudah bersekolah pada tahun ini.

Katanya, perkembang­an itu adalah hasil inisiatif baik yang dilakukan Kementeria­n Pendidikan dengan membenarka­n kanak-kanak yang tiada status kewarganeg­araan mendaftar masuk ke sekolah-sekolah kerajaan, bantuan kerajaan atau pendidikan swasta di negara ini.

 ??  ?? FATIMAH (tengah) pada sidang media mengenai isu akses pendidikan bagi kanak-kanak dalam kategori bukan warganegar­a dan kewarganeg­araan yang belum ditentukan di Sarawak di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur, Kuching.
FATIMAH (tengah) pada sidang media mengenai isu akses pendidikan bagi kanak-kanak dalam kategori bukan warganegar­a dan kewarganeg­araan yang belum ditentukan di Sarawak di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia