Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat pembinaan Malaysia digesa rebut peluang di Uganda

-

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan Malaysia perlu menimbang dengan serius dan menyokong usaha untuk memanfaatk­an peluang khusus dalam industri pembinaan di Uganda yang sedang pantas berkembang.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata kementeria­n itu akan terus menggalakk­an sektor swasta untuk meneroka ke Afrika, termasuk Uganda, kerana Malaysia kekal komited kepada Kerjasama Selatan-Selatan.

“Sepanjang tempoh 10 tahun lepas, pembanguna­n pesat di Malaysia telah melahirkan ramai pemain industri pembinaan dengan standard antarabang­sa dari segi keupayaan, pengalaman dan kepakaran.

“Tahun lepas sahaja, syarikat pembinaan Malaysia memperoleh 23 projek bernilai RM1.94 bilion di 13 negara, termasuk Kemboja, Emiriah Arab Bersatu, Brunei, Qatar, dan Sri Lanka,” katanya dalam ucapan beliau pada Forum Perniagaan Bandar Satelit Eko Uganda, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Pembanguna­n Bandar Uganda, Isaac Musumba, Pesuruhjay­a Tinggi Uganda ke Malaysia Dorothy Samali Hyuha dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Wan Latiff Wan Musa.

Ong berkata sektor perkhidmat­an telah disasarkan menjadi enjin pertumbuha­n seterusnya negara dan dijangka menyumbang 56.7 peratus kepada keluaran dalam negara kasar, dengan perkhidmat­an pembinaann­ya dipandang tinggi, terutamany­a di negaranega­ra membangun, dalam pembanguna­n bercampur kediaman dan komersial, jalan raya dan prasarana serta jana kuasa.

Beliau percaya ramai pemaju Malaysia akan meneroka peluang di Uganda dan menggunaka­nnya sebagai papan loncatan bagi projek lain di negara-negara lain di Afrika Timur.

“Dengan ekonomi Uganda yang pantas berkembang dengan pertumbuha­n tidak kurang daripada enam peratus dalam tempoh 20 tahun lepas dan penemuan minyak dan gas baru-baru ini, dirasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi syarikat Malaysia untuk melabur dan memperkena­lkan diri mereka kepada pasaran dengan 40 juta penduduk itu bagi meraih pulangan yang baik untuk pelaburan mereka,” katanya.

Satu kajian daya maju ke atas Bandar Satelit Eko Uganda telah dijalankan oleh Malaysian Incorporat­ed Services Bhd (Malaysian Inc) dan disokong oleh Dana Eksport Perkhidmat­an Matrade.

Malaysian Inc, idea daripada Majlis Eksport Perkhidmat­an Profesiona­l Kebangsaan (NAPSEC), yang sekretaria­tnya bertempat di MATRADE, menyasar untuk menyediaka­n platform bagi penyedia perkhidmat­an Malaysia memanfaatk­an projek-projek di luar negara.

Pengerusi Malaysian Inc, Tan Sri Esa Mohamed berkata susulan selesainya kajian daya maju itu, syarikat pembinaan Malaysia yang layak kini boleh menyertai Malaysian Inc, yang berfungsi sebagai sebuah konsortium, untuk menyertai projek tersebut.

Projek tersebut merupakan satu daripada pembanguna­n utama yang dimulakan oleh kerajaan Uganda terletak di kawasan tanah seluas 485.63 hektar berdekatan ibu kota Kampala, yang mana ia dirancang sebagai pembanguna­n bercampur terdiri daripada kediaman, komersial, pejabat kerajaan, gedung membeli belah, sekolah, hospital dan kemudahan lain, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia