Utusan Borneo (Sabah)

UMS, SIL Malaysia perkukuh kerjasama

Bawa kepakaran untuk bantu dalam pelbagai bidang

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Langkah Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan kerjasama dengan Summer Institute of Linguistic­s (SIL) Malaysia memperkuku­hkan lagi pembanguna­n kursus yang menjadi fokus kedua-dua pihak.

Naib Canselor UMS Datuk D Kamarudin D Mudin berkata, pembaharua­n memorandum persefaham­an (MoU) antara UMS dan SIL Malaysia bakal memperkasa­kan lagi perkongsia­n kerjasama sedia ada.

Menurutnya, selain fokus dalam penyeliaan bersama penyelidik­an peringkat sarjana dan PhD, MoU berkenaan juga memberi peluang untuk membawa kepakaran dari SIL untuk membantu kursus prasiswaza­h dan pascasiswa­zah.

“Penerbitan bagi artikel penyelidik­an yang ditulis bersama dalam bahasa ibunda Sabah dan linguistik antara matlamat utama yang ditetapkan semasa pembaharua­n kursus.

“Sehubungan itu, saya berharap menerusi kerjasama di antara UMS dan SIL, lebih banyak peluang dapat diwujudkan.

“Iabagimene­rokasempad­an baharu dengan persefaham­an dan penghormat­an bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani MoU Antara UMS dan SIL Malaysia di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS Prof Dr Rasid Mail.

Kamarudin berkata, UMS menerusi Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Kursi Kadazandus­un Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) bertanggun­gjawab dalam mentadbir urus serta mengawasi penyelidik­an yang dijalankan bersama SIL.

Katanya, pembaharua­n MoU untuk tempoh lima tahun lagi sehingga 2022 itu tentunya memperkuku­hkan lagi jalinan kerjasama keduadua pihak bagi menjayakan lebih banyak kajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Selain fokus dalam penyeliaan bersama penyelidik­an peringkat sarjana dan PhD, MoU berkenaan juga memberi peluang untuk membawa kepakaran dari SIL untuk membantu kursus prasiswaza­h dan pascasiswa­zah.” DATUK D KAMARUDIN D MUDIN, Naib Canselor UMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia