Utusan Borneo (Sabah)

Akauntan perlu guna teknologi terkini untuk kekal relevan

-

PETALING JAYA: Akauntan tempatan perlu menerima pakai teknologi terkini seperti pengkomput­eran awan, blockchain, analisis data besar dalam organisasi mereka untuk kekal relevan, kata Persatuan Akauntan Profesiona­l Bertauliah Antarabang­sa (AICPA).

“Seseorang akauntan perlu mampu memahami serta mahir dengan ciri-ciri teknologi tersebut dan kemudian mengguna pakai kemudahan itu dalam organisasi mereka,” kata Naib Presiden Eksekutif Perakaunan Pengurusan, Penyelidik­an dan Kurikulum Dr Noel Tagoe kepada pemberita di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru bakat-bakat tempatan untuk meningkatk­an kemahiran serta tahap kecekapan mereka.

Dalam dunia hari ini, pelanggan adalah lebih mencabar serta mampu membuat penilaian, mereka tidak lagi sekadar membeli produk dan gunakan.

“Pengguna bukan lagi sekadar membeli produk, mereka sebenarnya membeli nilai dalam produk tersebut dan ini berdasarka­n daripada pengalaman yang mereka dapat apabila mereka mula-mula membeli sesuatu barangan,” katanya lagi.

Beliau memberi contoh ke atas industri perbankan yang telah mula aktif menggunaka­n teknologi bagi membantu pelanggan membuat pembayaran secara dalam talian tanpa perlu membawa banyak wang tunai.

“Sistem seperti ini akan menghapusk­an kebimbanga­n di kalangan pelanggan atau pengguna perbankan dalam talian bahawa wang mereka tidak akan hilang jika mereka keciciran dompet atau jika mereka kehilangan telefon mudah alih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia