Utusan Borneo (Sabah)

My Happy Egg adakan jerayawara di Vivacity Megamall hingga Ahad

-

KUCHING: My Happy Egg mengadakan jerayawara selama tiga hari, bermula esok (22 Februari) sehingga Ahad di Vivacity Megamall dengan menawarkan hadiah berjumlah lebih RM11,888.

Untuk merebut hadiah tersebut, orang ramai hanya perlu membelanja­kan minimum RM10 ke atas produk My Happy Egg untuk layak menyertai cabutan bertuah.

“Jika berbelanja RM50, bermakna pelanggan itu mendapat lima penyertaan untuk peraduan ini,” kata pengurus pemasaran dan jualan kanan Lian Hua Seng Livestock, Darryl Wee Ho Nyan, semalam.

Katanya, pemenang hadiah utama akan membawa pulang TV LEV Sony W65 40 inci manakala pemenang hadiah kedua dan ketiga masing-masing menerima ketuhar Sharp 42 liter dan ‘air fryer’ Tefal.

Lima pemenang hadiah sagu hati pula menerima baucar tunai RM50 dan 10 biji telur.

Selain itu, Wee berkata dengan resit pembelian RM10, pelanggan juga boleh menggunaka­nnya untuk menyertai beberapa pertanding­an seperti Cabaran Makan Telur, ‘SMS Egg War’, pertanding­an mewarna My Happy Egg dan ‘My Happylicio­us Cook Out’.

Untuk Cabaran Makan Telur, ia akan diadakan dalam dua pusingan iaitu esok dan 23 Februari, pada jam 1 petang dan 8 malam dengan 10 pemenang teratas dari setiap pusingan akan layak memasuki final yang diadakan pada 24 Februari, jam 2 petang.

Dalam pertanding­an akhir ini, peserta dikehendak­i makan empat biji telur rebus, di mana yang terpantas akan dinobatkan sebagai pemenang dengan hadiah wang tunai RM268, baucar tunai RM50 dan hamper bernilai RM100.

Pemenang kedua dan ketiga pula masing-masing menerima wang tunai RM168 dan RM68, termasuk baucar tunai dan hamper.

Bagi SMS Egg War yang diadakan pada 23 Februari jam 7 malam, peserta hanya perlu menaip dan menghantar ayat yang diberikan, dengan yang terpantas akan menjadi juara dan membawa pulang wang tunai RM388, baucar RM50 serta hamper bernilai RM50.

Sementara untuk pertanding­an mewarna My Happy Egg pada 23 Februari bermula jam 10 sehingga 11.30 pagi, peserta dikehendak­i melukis telur tercantik.

Pertanding­an ini akan dibahagika­n kepada dua kategori iaitu Kumpulan A (berusia 7 hingga 9 tahun) dan Kumpulan B (berusia 10 hingga 12 tahun), dengan setiap peserta perlu membawa alat melukis dan mewarna sendiri.

Pemenang bagi setiap kumpul anum urakan menerima wang tunai RM268, tempat kedua RM168 dan ketiga RM68 berserta baucar dan hamper, selain baucar RM10 juga diberikan kepada pemenang sagu hati.

My Happylicio­us Cook Out pula diadakan pada 24 Februari pada jam 11 pagi, di mana peserta perlu memasak telur untuk juri selebriti, Chef Jasbir Kaur yang terkenal sebagai ‘Ratu Herba’ dan finalis MasterChef Asia pada 2015.

 ??  ?? WEE (tengah) mengumumka­n jerayawara My Happy Egg di Vivacity Megamall, semalam.
WEE (tengah) mengumumka­n jerayawara My Happy Egg di Vivacity Megamall, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia