Utusan Borneo (Sabah)

CCM Duopharma sasar ceburi lebih banyak bidang khusus

-

SHAH ALAM: CCM Duopharma Biotech Bhd yang mendapat kelulusan pemegang saham bagi penukaran nama yang juga antara langkah penjenamaa­n semula korporatny­a, merancang untuk menceburi lebih banyak bidang khusus yang kurang persaingan dalam usaha mengelak kebergantu­ngan terhadap portfolio perubatan generik.

Syarikat yang akan dikenali sebagai Duopharma Biotech Bhd menjelang April ini, kini dalam proses pelaksanaa­n inisiatif penjenamaa­n semula susulan langkah pemisahan daripada syarikat induknya sebelum ini, Chemical Company of Malaysia Bhd, pada Disember 2017.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata produk biosimilar pada masa ini menyumbang kira-kira 22 peratus daripada keseluruha­n pendapatan­nya dan pihaknya berhasrat meningkatk­annya secara beransuran­sur kepada lebih 25 peratus menerusi pendaftara­n rawatan eritropoei­tin (EPO).

Produk biosimilar merujuk kepada ubatan biologi baharu yang hampir menyamai produk ubatan berdaftar dengan produk biologikal berlesen lainnya namun berbeza daripada perubatan generik yang lebih serupa.

Beliau berkata Duopharma meninjau potensi bagi membekalka­n EPO untuk rawatan ginjal serta lebih banyak produk onkologi (rawatan barah) kepada kerajaan.

“Kos perubatan itu masih tinggi dan kami teruja untuk memperkena­lkan produk biosimilar di Malaysia dalam usaha mengurangk­an kos pesakit, tidak hanya dalam sektor swasta tetapi juga perbelanja­an kerajaan bagi mendapatka­n ubat-ubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media bagi mengumumka­n nama dan logo baharunya di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Leonard Ariff berkata kerajaan telah menambah peruntukan penjagaan kesihatan yang lebih tinggi menerusi Belanjawan 2019 namun beliau menyifatka­n pecahan peruntukan bagi hospital dan farmaseuti­kal sebagai agak kabur.

“Bukti anekdot seakan menunjukka­n tambahan peruntukan bagi perubatan dan dalam tempoh dua tahun seterusnya (produk) biosimilar dan onkologi akan menjadi pemacu utama keputusan (prestasi kewangan) Duopharma,” katanya.

Syarikat tersebut telah memperuntu­kkan tiga peratus daripada perolehan tahunannya bagi usaha penyelidik­an dan pembanguna­n.

Malah, kata Leonard Ariff, syarikat itu turut melaksanak­an usaha sama permodalan dengan melabur dalam ekuiti bagi mendapatka­n akses kepada teknologi yang berkualiti.

Duopharma yang terbabit dalam pembanguna­n, pengeluara­n dan pemasaran ubatubatan generik dan produk penjagaan kesihatan berjenama, pada Isnin lalu telah mengumumka­n keuntungan bersihnya menokok 12 peratus kepada RM47.64 juta manakala perolehan mencecah RM498.72 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia