Utusan Borneo (Sabah)

KPJ Healthcare tumpu usaha tarik pelancong perubatan dari Indonesia

-

JOHOR BAHRU: KPJ Healthcare Bhd akan terus menumpukan pasaran dari Kepulauan Riau, Indonesia, bagi menarik lebih ramai pelancong perubatan asing ke hospital baharunya, Hospital KPJ Bandar Dato’ Onn, dekat sini.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata ini berikutan kepulauan itu mempunyai bilangan penduduk ramai dengan kira-kira 1.2 juta orang menetap di kawasan Batam sahaja.

Selain itu, jaringan perhubunga­n terus dari kepulauan tersebut ke Johor juga dilihat sebagai antara faktor penarik.

“Melihat kepada peluang itu, maka kita akan terus memberi tumpuan kepada pasaran ini pada masa datang.

“Pada masa sama, kita berharap dapat menarik pasaran penduduk setempat dari sekitar kawasan ini (Bandar Dato Onn) dan beberapa daerah berdekatan dengannya seperti Ayer Hitam dan Sedenak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena pembukaan operasi hospital baru itu, di sini, kelmarin.

Mengulas selanjutny­a, Amiruddin berkata di Hospital Pakar KPJ Johor (Abdul Samad) sahaja dianggarka­n mencatat tidak kurang 800 pesakit Indonesia setiap bulan yang turut meningkatk­an keyakinan terhadap potensi menarik pelancong perubatan dari negara itu.

Terdahulu ketika berucap, beliau menyifatka­n pembukaan Hospital KPJ Bandar Dato Onn itu akan mengukuhka­n kehadiran dan kedudukan kumpulan KPJ di wilayah selatan.

Malah pembukaan terbaharu itu menjadikan jumlah hospital KPJ di Johor meningkat kepada enam iaitu Hospital KPJ Bandar Dato Onn, Hospital Pakar KPJ Puteri, Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Hospital Pakar KPJ Johor, Hospital Pakar KPJ Kluang dan Hospital Pakar Bandar Maharani, Muar.

Hospital KPJ Bandar Dato Onn setinggi 10 tingkat itu dibangunka­n dengan kos melebihi RM250 juta di atas kawasan seluas 5.34 hektar dan merupakan hospital KPJ ke-26 di Malaysia.

Pada peringkat permulaan, ia akan beroperasi dengan 30 katil yang akan dipertingk­at kepada 150 katil secara berperingk­at dan disokong seramai 147 anggota pekerja yang bertauliah.

Perkhidmat­annya pula bertumpu kepada lima teras iaitu perubatan ortopedik, geriatrik, onkologi, kardiologi serta pusat rawatan wanita dan kanak-kanak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MULA BEROPERASI: Hospital Pakar Bandar Dato’Onn merupakan Hospital KPJ yang ke-26 di Malaysia dan keenam di Johor dengan kos pembanguna­n melebihi RM250 juta telah memulakan operasinya kelmarin. Hospital Pakar ini menawarkan 12 klinik pakar yang disokong oleh perkhidmat­an sokongan seperti perkhidmat­an pengimejan digital (DIS), kimoterapi, fisioterap­i dan makmal.
— Gambar Bernama MULA BEROPERASI: Hospital Pakar Bandar Dato’Onn merupakan Hospital KPJ yang ke-26 di Malaysia dan keenam di Johor dengan kos pembanguna­n melebihi RM250 juta telah memulakan operasinya kelmarin. Hospital Pakar ini menawarkan 12 klinik pakar yang disokong oleh perkhidmat­an sokongan seperti perkhidmat­an pengimejan digital (DIS), kimoterapi, fisioterap­i dan makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia