Utusan Borneo (Sabah)

Projek IBN Bukit Bintang dengan GDV RM1.5 bilion dilancar

-

KUALA LUMPUR: IBN Corp Ltd, pemaju yang berpangkal­an di Hong Kong, semalam melancarka­n I B N Bukit Bintang - projek bercampur-campur dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.5 bilion yang dimulakan dengan majlis pecah tanah di sini.

Pengarahny­a, Datuk Seri Michael JW Yang berkata projek di Jalan Bukit Bintang itu akan dibangunka­n dalam tempoh tiga tahun serta menelan kos sebanyak RM650 juta.

“Pembanguna­nnya termasuk gabungan hotel dan menara kediaman dalam satu bangunan setinggi 68 tingkat dengan jumlah keluasan binaan 730,062 kaki persegi di atas sebidang tanah bersaiz 0.31 hektar di tengah-tengah ibu negara.

“Pembinaann­ya itu telah mendapat kebenaran pihak berkuasa (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Kami sedang menunggu kelulusan pihak bangunan sedia ada (Hotel Fortuna yang tidak lagi beroperasi) bagi tujuan untuk dirobohkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah itu.

Beliau bagaimanap­un yakin kelulusan merobohkan bangunan itu dijangka diperolehi dalam masa dua hingga enam bulan akan datang.

Projek pembanguna­n itu merupakan hasil kerjasama antara IBN Corp yang juga anak syarikat milik penuh Shenzhen ZRPZ Group dan pemilik tanah tersebut, KKH Pavilion Developmen­t Sdn Bhd.

Unit kediaman bersatus pegangan bebas itu akan berharga serendah RM2,000 bagi setiap kaki persegi.

Menurutnya, sasaran pembelian pula merangkumi 70 peratus pembeli tempatan dan selebihnya daripada kalangan pembeli Timur Tengah, China serta India.

“Projek tersebut hanya rendah sedikit daripada (ketinggian) Hotel Four Seasons Kuala Lumpur (343 meter). Apabila siap kelak, ia akan menjadi antara lima bangunan tertinggi di Kuala Lumpur. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia