Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan wanita diperkasa menerusi program hubungan ASEAN-Jepun

-

KUALA LUMPUR: Pusat ASEAN-Japan (AJC) barubaru ini menganjurk­an Program Hubungan Usahawan Wanita ASEAN-Jepun ke-3 (AJWELP), bersama SME Corporatio­n Malaysia di sini.

Kerajaan dari negara anggota ASEAN dan Jepun komited untuk mempromosi pembanguna­n perusahaan mikro, kecil dan sederhana termasuk pemerkasaa­n usahawan wanita untuk menambah baik kesaksamaa­n gender.

Justeru, untuk meningkatk­an usaha, AJC melancarka­n AJWELP, sebuah program sokongan untuk syarikat pemula niaga usahawan wanita di negara anggota ASEAN menjalin hubungan antara syarikat pemula niaga, syarikat dan para mentor.

AJWELP pertama kali berlangsun­g di Manila, Filipina pada 2016 diikuti Jakarta, Indonesia pada 2017.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyampaik­an ucaptama, berkongsi fakta mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dimiliki wanita di Malaysia dan bagaimana kerajaan Malaysia menyokong mereka.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata program berkenaan akan mencatat kejayaan yang lebih gemilang dalam memperkasa­kan wanita di rantau ASEAN kerana ia sudah dilaksanak­an buat tahun ketiga.

Program ini mengetenga­hkan perniagaan oleh syarikat pemula niaga dari 10 anggota ASEAN, yang membentang­kan perniagaan dan cabaran masing-masing. Wakil syarikat dan para mentor yang juga usahawan berpengala­man, turut menyertai sesi pembentang­an itu.

Selepas acara itu, wakil syarikat memilih syarikat pemula niaga yang akan disokong, sejajar dengan perniagaan syarikat masingmasi­ng.

Pengasas bersama Kloth Malaysia, Nik Suzila Nik Hassan merupakan finalis untuk Malaysia. Kloth Malaysia ialah syarikat kitar semula tekstil.

Sementara itu, mentor Malaysia dalam program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Hernan Corporatio­n Sdn Bhd, Anna Teo. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia