Utusan Borneo (Sabah)

Untung bersih Q3 Matrix Concepts susut kepada RM48.6 juta

-

KUALA LUMPUR: Untung bersih Matrix Concepts Holdings Bhd susut kepada RM48.61 juta pada suku ketiga berakhir 31 Dis, 2018 (Q3 2018), berbanding RM70.56 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Syarikat itu berkata pendapatan yang lebih rendah itu disebabkan oleh gabungan produk hartanah berharga mampu milik berbanding gabungan daripada sumbangan ketara daripada hartanah uindustri pada Q3 2017, yang mencatat margin yang lebih baik.

Hasil meningkat kepada RM285.65 juta berbanding RM266.17 juta tahun ke tahun susulan perakuan hasil yang lebih tinggi daripada jualan pembanguna­n hartanah kediaman dan komersial.

Pada 31 Dis, 2018, Matrix Concepts memiliki kira-kira 534.19 hektar bank tanah yang belum dimajukan.

“Disokong oleh jumlah pelancaran baharu yang lebih tinggi serta prestasi jualan yang sihat, jualan kumpulan itu yang belum dikutip sebanyak RM1.4 bilion berbanding RM1.1 bilion tahun lepas dan RM1.4 bilion pada akhir suku sebelumnya,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Tumpuan utama Matrix Concepts masih kepada meningkatk­an lagi pembanguna­n bandar iaitu Bandar Sri Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan dan Bandar Seri Impian di Kluang, Johor, selain terlibat dalam projek pembanguna­n di sekitar Seremban.

Syarikat juga memperluas operasinya ke Kuala Lumpur (KL) selain Australia, mempelbaga­ikan capaian geografiny­a bagi merebut pelbagai peluang pertumbuha­n.

“Secara menyeluruh, pembanguna­n semasa kumpulan itu bernilai RM2.8 bilion dalam nilai pembanguna­n kasar (GDV) sehingga 31 Dis, 2018, meningkat berbanding RM2.4 bilion pada 31, Dis 2017,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan untuk kediaman berkualiti pada harga mampu milik, kumpulan itu akan melancarka­n projek bernilai RM1.7 bilion dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac, 2019 (FY19). Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia