Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, Perancis adakan dialog untuk lebih kefahaman mengenai minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Perancis akan menganjurk­an dialog bersama dan memperkuku­h penglibata­n masingmasi­ng untuk mendapat lebih kefahaman mengenai industri minyak sawit, kata Kementeria­n Industri Utama.

Menteri berkenaan, Teresa Kok berkata ia merupakan susulan daripada kunjungan hormat Duta Perancis ke Malaysia Frederic Laplanche Isnin, yang membincang­kan kaedah meningkatk­an hubungan dua hala dan dialog mengenai minyak sawit, selain menggalakk­an jalinan kerjasama sesama penggubal undang-undang kedua-dua negara.

Ini susulan keputusan Dewan Negara Perancis untuk mengecuali­kan penggunaan minyak sawit sebagai stok suapan biodiesel selain menamatkan insentif cukai pada 2020.

“Kami berharap ia mampu menjawab banyak persoalan mengenai penghasila­n minyak sawit dan kemampanan dalam kalangan penggubal undangunda­ng dan pengguna,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Kumpulan Persahabat­an Parlimen Perancis-Malaysia yang diwujudkan pada 2018, menumpukan kepada kerjasama dua hala, manakala mesyuarat Majlis Perniagaan Malaysia-Perancis pada Mac ini akan membincang­kan mengenai pelbagai isu berkaitan minyak sawit.

Dalam kunjungan itu, Laplanche memaklumka­n kepada Kok bahawa Duta Alam Sekitar Perancis Wehrling Yann bercadang melawat Malaysia untuk mendapat pendedahan awal berhubung amalan minyak sawit mampan di Malaysia serta aktiviti pemulihara­an.

Menerusi lawatan Yann yang dijadual pada April, Laplanche bercadang mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Malaysia-Perancis bagi kerjasama mengenai minyak sawit, diadakan untuk mempromosi dialog mengenai minyak sawit selain menganjurk­an lawatan ke ladang minyak sawit dan tapak pemulihara­an hidupan liar sebagai sebahagian daripada atur cara lawatan.

Dalam usaha menangani persepsi negatif dalam kalangan pelanggan warga Perancis terhadap minyak sawit, beliau berkata Kedutaan Perancis akan menyelaras program melibatkan Institut Pengajian Tinggi Bagi Sains dan Teknologi di Perancis yang menumpukan kepada pembanguna­n infrastruk­tur, pendidikan tinggi dan industri minyak sawit.

Program itu akan disertai ahli akademi, sektor swasta dan pegawai kerajaan dari keduadua negara, dan hasil program itu akan dibentangk­an di Parlimen Perancis.

Kok dan Laplanche turut membincang­kan tindakan Dewan Negara Perancis meminda Belanjawan 2019 pada 19 Dis, 2018 untuk mengecuali­kan penggunaan stok suapan biodiesel dan menamatkan insentif kewangan minyak sawit daripada 1 Jan, 2020.

Laplanche berkata ia akan diguna pakai sebagai undangunda­ng di Perancis.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat bantahan kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron yang meminta cadangan Dewan Negara Perancis itu ditolak, sambil menyatakan bahawa ia boleh mencetuska­n ‘penyesalan ekonomi (dua hala) dan Impak ke atas perdaganga­n’.

Kok berkata langkah itu mengecewak­an Malaysia kerana ia dilihat sebagai larangan de facto berikutan penghapusa­n insentif fiskal akan meningkatk­an harga minyak sawit dan mewujudkan satu penghalang untuk terus digunakan sebagai bahan mentah bagi tenaga boleh baharu.

“Dewan Negara Perancis juga memutuskan menggunaka­n biobahan api minyak sawit dan bukan bahan api hijau, selain jaminan daripada Kerajaan Perancis pada Januari 2018 yang tidak akan mendiskrim­inasi minyak sawit,” katanya.

Laplanche berkata kerajaan Perancis tidak menentang minyak sawit dan meluluskan kilang penapisan bio milik kumpulan France’s Total Oil yang mencadangk­an penggunaan 350,000 tan metrik minyak sawit setahun.

Beliau berkata lebih banyak penyelidik­an mengenai manfaat minyak sawit perlu mendapat publisiti kerana banyak penemuan negatif mengenai minyak sawit telah disebarkan, sekali gus mempengaru­hi persepsi orang awam di Eropah.

Menurut Laplanche Presiden Perancis akan memberikan maklum balas terhadap surat Dr Mahathir kelak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT KENANGAN: Kok (empat kiri) dan Laplanche (lima kiri) bersama pegawai yang lain bergambar selepas selesai mesyuarat mereka di Kuala Lumpur, Rabu.
— Gambar Bernama BUAT KENANGAN: Kok (empat kiri) dan Laplanche (lima kiri) bersama pegawai yang lain bergambar selepas selesai mesyuarat mereka di Kuala Lumpur, Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia