Utusan Borneo (Sabah)

NGO lapor polis, gesa siasat ketirisan projek ‘land swap’

-

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Rabu membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat ketirisan hasil kerajaan yang dianggarka­n melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaa­n projek ‘land swap’ di Kementeria­n Pertahanan.

Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria berkata pihak berkuasa harus menyiasat secara terperinci individu yang terlibat dalam projek berkenaan dan menyalahgu­na kuasa serta campur tangan politik.

“Pihak polis tanpa prejudis harus menyiasat dan bertindak segera terhadap maklumat yang terkandung dalam kenyataan media yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Pertahanan semalam (Selasa).

“Melalui kenyataan itu jelas ada unsur melibatkan jenayah rasuah yang wajib disiasat polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam satu kenyataan media sebelum ini memaklumka­n berlaku ketirisan hasil kerajaan yang dianggarka­n melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaa­n projek ‘land swap’ di Kementeria­n Pertahanan.

Maklumat berkenaan diperolehi selepas siasatan dijalankan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tan Sri Ambrin Buang terhadap beberapa projek kementeria­n. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia