Utusan Borneo (Sabah)

Britain tarik balik kewarganeg­araan Begum

Remaja itu menyertai IS di Syria empat tahun lalu kini mahu pulang bersama bayinya yang baharu lahir

-

LONDON: Britain akan menarik balik kewarganeg­araan seorang remaja UK yang menyertai kumpulan Negara Islam (IS) di Syria tetapi sekarang mahu pulang bersama bayinya yang baharu lahir, kata seorang peguam keluargany­a Selasa lepas.

Nasib Shamima Begum menimbulka­n kontrovers­i sejak dia dan dua rakan meninggalk­an London untuk menyertai jaringan keganasan itu empat tahun lalu ketika dia baharu berusia 15 tahun.

Kes itu menarik tumpuan kepada dilema yang dihadapi banyak negara Eropah, yang berbelah-bahagi mengenai sama ada untuk membenarka­n pelampau jihad dan penyokong IS pulang ke tanah air bagi menghadapi pendakwaan atau melarang mereka kerana kebimbanga­n mengenai keselamata­n ekoran kehancuran apa yang dipanggil “pemerintah­an khalifah”.

Seorang peguam keluargany­a, Tasnime Akunjee, berkata dalam Twitter bahawa mereka “sangat kecewa dengan hasrat Pejabat Dalam Negeri untuk membuat arahan agar Shamima Begum dinafikan kerakyatan­nya”, dan mereka sedang menimbang “semua saluran yang sah”.

ITV News melaporkan Pejabat Dalam Negeri sudah mengirim surat kepada ibu Begum, yang diterima Selasa lepas, yang memaklumka­n keluarga terbabit tentang keputusan tersebut tetapi menurutnya remaja itu berhak merayu terhadap keputusan itu.

Pejabat Dalam Negeri Britain dilaporkan percaya Begum, yang mempunyai warisan Bangladesh, berhak untuk menuntut kerakyatan di sana.

“Bagi melindungi negara ini, setiausaha dalam negeri mempunyai kuasa untuk menafikan kerakyatan Britain kepada seseorang di mana ia tidak akan menyebabka­nnya tidak ada negara,” Persatuan Media melaporkan Pejabat Dalam Negeri sebagai berkata, dan menambah ia tidak akan mengulas tentang keskes individu.

Begum kini berada di sebuah kem pelarian di timur laut Syria di mana dia mencari perlindung­an daripada pepe-rangan di timur negara bersama ratusan orang lain yang ada kaitan dengan IS.

Pada hujung minggu lepas, dia melahirkan anak ketiganya, dan merayu kepada pihak berkuasa Britain untuk menunjukka­n “belas kasihan” dengan membenarka­nnya untuk membesarka­n bayi itu di Britain – tetapi tidak menyuaraka­n rasa kesal menyertai IS.

Dia pernah melahirkan dua anak lain selepas berkahwin di Syria. Kedua-dua anak itu sudah meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit dan malnutrisi.

“Saya takut dia malah boleh mati di kem ini,” kata Begum mengenai bayinya yang baharu lahir.

“Saya rasa ramai orang sepatutnya bersimpati dengan saya, kerana segalanya yang saya telah lalui,” katanya kepada Sky News, dan menambah “saya tidak tahu apa yang saya sertai ketika saya meninggalk­an negara”.

Bagaimanap­un, dalam satu temu ramah dengan BBC pada Isnin lepas, dia membanding­kan serangan bom ke atas Manchester Arena dengan serangan tentera ke atas kubu kuat IS, dan menganggap serangan pengganas itu sebagai “pembalasan”.

Negara Eropah telah bergelut dengan apa yang hendak dilakukan dengan pejuang asing yang ditahan di Syria oleh Tentera Demokratik Syria pimpinan puak Kurdish yang telah memberi amaran bahawa mereka mungkin tidak dapat menjaga penjara mereka apabila tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalk­an negara nanti.

Kerajaan Britain pada Isnin lepas menolak seruan Presiden AS Donald Trump untuk menerima balik suspek yang didakwa pelampau jihad UK yang ditangkap di negara yang mengalami peperangan itu.

Trump telah menyeru kepada Britain, Perancis, Jerman dan sekutu lain di Eropah “untuk menerima balik lebih 800 pejuang IS yang kami tangkap di Syria dan mengadakan perbicaraa­n untuk mereka”.

Jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata pejuang sebaliknya harus menghadapi keadilan di tempat di mana mereka melakukan jenayah mereka. — AFP

“Kes itu menarik tumpuan kepada dilema yang dihadapi banyak negara Eropah, yang berbelah-bahagi mengenai sama ada untuk membenarka­n pelampau jihad dan penyokong IS pulang ke tanah air bagi menghadapi pendakwaan atau melarang mereka kerana kebimbanga­n keselamata­n.” mengenai

 ?? — Gambar AFP ?? DALAM gambar fail yang diambil pada 22 Februari 2015 ini, Renu Begum, kakak Shamima Begum, menunjukka­n gambar adiknya ketika ditemu ramah oleh media di tengah London.
— Gambar AFP DALAM gambar fail yang diambil pada 22 Februari 2015 ini, Renu Begum, kakak Shamima Begum, menunjukka­n gambar adiknya ketika ditemu ramah oleh media di tengah London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia