Utusan Borneo (Sabah)

Detektif AS siasat maklumat pelakon dilihat bersama suspek belasahnya

-

CHICAGO: Detektif Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat maklumat bahawa pada malam pelakon kulit hitam homoseksua­l Jussie Smollett melaporkan diri dibelasah dalam satu serangan yang didorong oleh kebencian, dia berada dalam lif bersama dua adik beradik yang kemudian ditangkap dalam siasatan tersebut.

Bintang berusia 36 tahun dari drama TV ‘Empire’ itu memberitah­u polis pada 29 Januari lepas bahawa dua lelaki bertopeng membelasah­nya, melaungkan hinaan kaum dan homofobia, menyimbah peluntur ke atasnya, dan mengikat tali di lehernya di pusat Chicago.

Tokoh awam termasuk Emma Watson, Katy Perry, Kamala Harris dan Joe Biden mengetuai ucapan simpati bagi Smollett, dan calon Demokrat 2020 Cory Booker mengecam “cubaan melakukan hukuman tanpa perbicaraa­n pada zaman moden”.

Presiden Donald Trump berkata serangan yang didakwa adalah “dahsyat”.

Sekarang polis berkata mereka mahu bercakap dengan pelakon itu sekali lagi selepas dua “suspek berpotensi” dibebaskan tanpa dakwaan, dan saluran media AS melaporkan serangan itu mungkin telah dirancang.

Smollett, yang telah melantik seorang peguam bela jenayah yang terkemuka, berkata penyerangn­ya menggunaka­n hinaan kaum dan homofobia selain menjerit “Ini adalah negara MAGA” – yang merujuk kepada slogan Trump ‘Make America Great Again’.

Namun stesen TV di Chicago WBBM melaporkan suspek mendakwa Smollett mengupah mereka untuk merancang serangan itu, ke-rana dia tidak gembira selepas sepucuk surat ugutan yang dia terima sebelum itu tidak diberi perhatian secukupnya.

Jurucakap Polis Chicago Jessica Rocco memberitah­u AFP, detektif telah menerima maklumat bahawa suspek kelihatan bersama Smollett dalam lif di bangunan pangsapuri­nya pada malam insiden berkenaan.

Polis sedang berusaha untuk mengesahka­n maklumat itu, kata Rocco, yang enggan mendedahka­n sama ada bukti video ada ataupun tidak. — AFP

 ??  ?? SMOLLETT
SMOLLETT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia