Utusan Borneo (Sabah)

Martabatka­n seni, budaya Kadayan

KML lakar sejarah anjur Pameran Hari Wilayah Persekutua­n Labuan 2019

-

LABUAN: Kolej Matrikulas­i Labuan (KML) sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menganjurk­an Pameran Hari Wilayah Persekutua­n Labuan 2019 yang bertemakan Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Setempat di ruang pameran Perpustaka­an KML.

Majlis perasmian Pameran Hari Wilayah itu disempurna­kan oleh Pengarah KML Mohd Idris Omar pada Isnin.

Simbolik perasmian disempurna­kan Idris dengan menandatan­gani kotak bersama-sama Pengerusi Persatuan Kadayan Labuan (WAKAL) Haji Openg Abidin @Haji Lamit dan Pengerusi Persatuan Seni Visual Labuan (Lavista)

IDRIS (lima kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Azize.

Azize Mohd Yusoph.

Penyelaras pameran, Mohd Syaifudin Duakim Abdullah mengetenga­hkan etnik Kadayan yang merupakan antara keturunan Melayu yang mendiami Wilayah Persekutua­n Labuan dengan dialek etnik yang menjadi bahasa perantaraa­n utama dalam pertuturan seharian penduduk pulau bebas cukai ini.

Pameran itu memperagak­an pakaian tradisiona­l etnik Kadayan yang dikenali sebagai kubamban laki dan kubamban bini serta hasil-hasil kraftangan etnik Kadayan.

Ruang pameran turut dihiasi dengan 72 kotak seni coret yang dibawakan oleh Lavista melalui penyertaan pengkarya dari Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Pameran itu yang berlangsun­g selama dua minggu sehingga 28 Februari turut menyajikan informasi sejarah awal Pulau Labuan sehinggala­h perisytiha­ran sebagai Wilayah Persekutua­n kedua di Malaysia pada 16 April 1984.

 ??  ?? IDRIS (tiga dari kanan), Azize (empat dari kiri) dan Openg (tiga dari kiri) bersama busana etnik Kadayan Labuan.
IDRIS (tiga dari kanan), Azize (empat dari kiri) dan Openg (tiga dari kiri) bersama busana etnik Kadayan Labuan.
 ??  ?? PENGUNJUNG menghayati seni coretan yang dipamerkan.
PENGUNJUNG menghayati seni coretan yang dipamerkan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia