Utusan Borneo (Sabah)

KTYS sampaikan anugerah kepada penerima Senarai Dekan

-

KOTA KINABALU: Seramai 56 pelajar untuk Sesi Semester 2 2017/2018 dan Semester 1 2018/2019 yang memenangi Anugerah Senarai Dekan untuk Kecemerlan­gan Akademik telah menerima anugerah mereka dalam satu majlis yang diadakan di Kampus Bandar Raya Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) di Sembulan, di sini.

Status Senarai Dekan diberikan kepada pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaa­n dan kursus dengan purata titik gred semester minimum (GPA) 3.5 atau lebih tinggi untuk francais Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), KTYS-KUIM sementara untuk program KTYS dan Universiti Teknikal Malaysia (UTM), francais KTYS-UTM, pelajar perlu mendapat GPA minima 3.67 atau lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Terence Chee yang merasmikan acara itu menyampaik­an sijil berkenaan kepada para pelajar sebagai pengiktira­fan terhadap prestasi cemerlang akademik mereka.

Beliau berkata para pelajar memahami nilai kerja keras dan ketabahan dalam mewujudkan masa depan mereka dengan cemerlang dalam bidang akademik.

“Tenaga kerja yang berpendidi­kan dan berkemahir­an membolehka­n matlamat dan visi organisasi serta masyarakat dapat diterapkan dengan berkesan dan cekap.

“Lebih-lebih lagi dalam era yang semakin canggih dan menuntut kemajuan teknologi, yang sentiasa beralih dan berubah dengan pantas,” katanya.

Katanya, pelajar harus bangga dengan pencapaian mereka dan mendorong mereka untuk mempunyai impian serta aspirasi untuk meneruskan pendakian mereka ke puncak kejayaan.

“Anda mesti mempunyai inisiatif untuk belajar bagaimana membina diri bergantung kepada anda,” katanya.

Terence berkata graduan adalah sumber kebanggaan dan petunjuk kejayaan program akademik KTYS, dan mengulangi komitmen kolej untuk menyokong graduan mendapatka­n pekerjaan melalui penciptaan pusat penempatan pekerjaan baharu.

Katanya, KTYS akan meningkatk­an usaha untuk memperbany­akkan lagi program latihan kemahiran teknikal serta vokasional dan berharap KTYS akan menjadi pusat kecemerlan­gan dalam masa terdekat.

Beliau juga berharap KTYS menghasilk­an usahawan yang lebih berbakat dan berjaya dalam kalangan graduan dan menjadi sebahagian daripada pasukan pembinaan negara.

Acara itu juga merupakan peluang untuk menyampaik­an anugerah tertinggi kepada Suraini Yaco yang memperoleh­i GPA 4.00 untuk Sesi Semester 1 2018/2019 dan 3.93 untuk Sesi Semester 2 2017/2018.

Suraini, yang belajar di SMK Putatan, mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan di KTYS kerana dia merasakan kursus teknikal dan kemahiran yang ditawarkan di kolej itu adalah selaras dengan minat serta keperluann­ya.

Dia menamatkan pengajiann­ya tahun lepas dan kini bekerja dengan syarikat kewangan sebelum melanjutka­n pengajiann­ya.

Dia bercadang untuk menubuhkan perniagaan­nya sendiri dan menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

Seorang lagi pelajar cemerlang yang juga memperoleh GPA 4.00 untuk Sesi Semester 2 2017/2018 ialah Sharon Nadia Kueri dari SMK Kinarut.

Dia juga memilih KTYS untuk kursus Diploma dalam Sains Komputer dan merancang untuk menjadi pemaju perisian atau pereka laman web.

Leonardo Lew dari SMK Kolombong dan Alex Lo dari SM Shan Tao sama-sama memilih Diploma Teknologi Automatif di KTYS kerana mereka tahu KTYS adalah institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf dan mempunyai kursus yang mereka minati.

Kedua-dua pelajar ini mempunyai latihan praktikal dengan sebuah pembekal perkhidmat­an kereta tempatan yang terkenal.

Selepas menamatkan pengajian di KTYS, Leonard bercadang untuk menubuhkan bengkelnya sendiri sementara Alex berhasrat melanjutka­n pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara.

Begitu juga, Presca Joyce Bernard dari SMK St Mary Limbahau, Papar memutuskan untuk belajar di KTYS berikutan cadangan daripada saudaramar­anya yang juga belajar di KTYS.

Dia mengambil Diploma Teknologi Bangunan dan gembira dengan pilihannya. Dia merancang untuk bekerjasam­a dengan Petronas sebaik sahaja lulus nanti.

Sementara itu, Farah Nadia Rusdi dari Papar mengambil kursus Diploma Pengajian Islam dengan Pembanguna­n Sumber Manusia di KTYS yang ditawarkan kolej berkenaan kerana minatnya.

Selain itu, dia adalah salah seorang yang bertuah untuk menerima biasiswa Yayasan Sabah. Setelah tamat pengajian, Farah bercita-cita menjadi seorang usahawan muda berjaya yang selalu menjadi impiannya.

Malah, dia telah mula merealisas­ikan impiannya dengan menubuhkan sebuah perniagaan berkonsep vendor yang menyewakan kotak/bilik untuk promosi produk.

KTYS yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Sabah setakat ini telah menghasilk­an lebih 5,000 graduan sejak ditubuhkan pada tahun 1990, sebelum ini dikenali sebagai Institut Pembanguna­n Insan.

 ??  ?? TERENCE menyampaik­an sijil kepada Suriani yang mendapat GPA terbaik. Seorang pelajar cemerlang yang juga memperoleh GPA 4.00 ialah Sharon Kueri. Turut kelihatan Dekan KTYS Petrus Jinuik (kiri).
TERENCE menyampaik­an sijil kepada Suriani yang mendapat GPA terbaik. Seorang pelajar cemerlang yang juga memperoleh GPA 4.00 ialah Sharon Kueri. Turut kelihatan Dekan KTYS Petrus Jinuik (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia