Utusan Borneo (Sabah)

Organisasi wajar amalkan IMS untuk elak duplikasi kerja

-

KUCHING: Organisasi wajar menggunaka­n sistem pengurusan bersepadu (IMS) kerana ia mampu mengelakka­n duplikasi kerja dan peningkata­n dalam kos audit, masa dan beban kerja, kata Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata agensi awam atau syarikat swasta akan menghadapi masalah jika mereka melaksanak­an sistem pengurusan berbeza pada masa yang sama seperti Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001) dan Sistem Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001).

“Organisasi sering mencari satu penyelesai­an kepada masalah keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (OSH) dan kemunculan IMS adalah satu penyelesai­an baik kerana ia menggabung­kan elemen sama dalam pelbagai sistem.

IMS adalah gabungan proses, prosedur dan amalan yang akan membantu menjadikan sesebuah organisasi lebih efisien dalam mencapai matlamat dan dasarnya berbanding satu sistem pengurusan yang pelbagai,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Lee berkata keperluan kepada Sistem Pengurusan OSH dalam sebuah organisasi dinyatakan di bawah Seksyen 15(2) (a) Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 yang memerlukan satu peruntukan dan penyelengg­araan kilang dan satu sistem kerja yang setakat ini boleh dilaksanak­an, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

“Pelaksanaa­n sistem pengurusan di bawah pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan OHSAS 18001 adalah satu keperluan untuk kesinambun­gan perniagaan dan mereka yang mengamalka­nnya akan menikmati pelbagai manfaat seperti penguranga­n kos operasi, peningkata­n imej dan faedah bersaingan,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an semua organisasi yang telah mendapat pensijilan OHSAS 18001 bahawa mereka akan diberi masa sehingga 12 Mac 2021 untuk berpindah ke ISO 45001. - Bernama

 ?? Oleh KENNEDDY CORLLEUS ?? MEMUKUL GENDANG...Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Pertanian Dr Daud Yusof (kanan) memukul gendang sebagai simbolik perasmian Majlis Pesta Angpau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bong Hwa yang diadakan di perkaranga­n Bongawan Plaza, Pekan Bongawan.
Turut hadir, Guru Besar SJKC Bong Hwa Wong Ling Ching dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKJC Bong Hwa Arzizan Zaini. -
Oleh KENNEDDY CORLLEUS MEMUKUL GENDANG...Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Pertanian Dr Daud Yusof (kanan) memukul gendang sebagai simbolik perasmian Majlis Pesta Angpau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bong Hwa yang diadakan di perkaranga­n Bongawan Plaza, Pekan Bongawan. Turut hadir, Guru Besar SJKC Bong Hwa Wong Ling Ching dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKJC Bong Hwa Arzizan Zaini. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia