Utusan Borneo (Sabah)

Berakhirny­a era seorang legenda

Lee Chong Wei sifatkan Nicol ‘superstar’

-

“Saya berharap beliau terus menabur bakti berkongsi pengalaman dengan membantu pemainpema­in muda negara. Sekiranya beliau mahu fokus kepada bidang perniagaan, saya ucapkan selamat ” maju jaya. DATUK LEE CHONG WEI Jaguh badminton negara

KUALA LUMPUR: Pengumuman kesediaan ratu skuasy negara Datuk Nicol David bersara dalam arena sukan adalah berakhirny­a satu era legenda bagi seorang atlet terkemuka dunia.

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyifatka­n Nicol yang pernah bergelar pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun merupakan satu pencapaian luar biasa dan sukar dicapai oleh mana-mana atlet.

Chong Wei berkata Nicol merupakan ‘superstar’ yang dikenali di seluruh dunia dan atlet berusia 35 tahun itu adalah contoh terbaik, yang mana kejayaanny­a kerap menjuarai kejohanan dunia telah memberikan inspirasi kepada semua atlet di dalam dan luar negara.

“Kami satu ‘batch’. Mengenali Nicol, beliau adalah seorang atlet yang mempunyai cita-cita tinggi dan tidak mudah berputus asa.

“Semua orang tahu pencapaian beliau sembilan tahun bergelar pemain nombor satu dunia adalah pencapaian luar biasa dan sukar dicapai oleh mana- mana atlet. Kita perlu hormati keputusann­ya. Mana-mana atlet sampai masanya dia akan bersara.

“Saya berharap beliau terus menabur bakti berkongsi pengalaman dengan membantu pemainpema­in muda negara. Sekiranya beliau mahu fokus kepada bidang perniagaan, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Chong Wei berkata negara akan kehilangan seorang

bintang yang mempunyai pakej lengkap dalam sukan dan keperibadi­annya yang profesiona­l sentiasa disanjung tinggi.

Setelah lebih dua dekad beraksi di gelanggang kaca, Nicolmenga­mbil keputusan untuk bersara selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profession­al (PSA) berakhir pada Jun ini dan beliau sudah lama memikirkan perkara itu. -Bernama

 ??  ?? NICOL
NICOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia