Utusan Borneo (Sabah)

Piala Konfederas­i dibatalkan, Piala Emas mungkin akan dimansuhka­n selepas 2021

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Presiden Bola Sepak Amerika (US Soccer), Carlos Cordeiro berkata Piala Konfederas­i FIFA tidak akan dilangsung­kan sekali lagi dan juga kejohanan dwitahunan Piala Emas CONCACAF mungkin akan dimansuhka­n selepas 2021.

Cordeiro membuat komen dalam satu laporan di laman sesawang The Athletic selepas kenyataan awal pada mesyuarat agung tahunan US Soccer.

Piala Konfederas­i, yang melibatkan lapan negara, dipertandi­ngkan setiap tahun sebelum Piala Dunia sejak 2005, dengan juara peringkat benua dan juara bertahan Piala Dunia bersaing bersama-sama tuan rumah Piala Dunia.

Tetapi FIFA membatalka­n kejohanan itu sebelum Piala Dunia 2022 Qatar kerana penjaduala­n musim sejuk ekoran cuaca panas melampau pada tarikh tradisi penganjura­n pada musim panas (Jun-Julai) dan Cordeiro berkata ia (Piala Konfederas­i) tidak akan dianjurkan semula dan akan diganti dengan lebih banyak perlawanan playoff menjelang pertambaha­n pasukan bertanding di Piala Dunia.

“Ia sudah berakhir,” kata beliau kepada The Athletic. “Menggantik­an Piala Konfederas­i, akan ada playoff antara benua untuk layak dalam senarai 48 pasukan bertanding di Piala Dunia.

Cordeiro menambah Piala Emas, yang memaparkan kejohanan melibatkan negara di benua Amerika Utara, Tengah dan Caribbean, dan sering dianjurkan di AS pada bulan Jun dan Julai, mungkin akan berakhir selepas tahun ini dan 2021.

“Piala Emas hanya disahkan untuk tahun ini dan 2021, jadi ia mungkin tidak akan dianjurkan lagi,” kata beliau. “Ada rundingan telah dilakukan pada tahun lepas. Di antara CONMEBOL (badan induk bola sepak Amerika Selatanb) dan CONCACAF (badan induk Amerika Utara, Tengah dan Caribbean) mengenai satu kombinasi Copa Amerika tetapi mereka belum mencapai kata sepakat.”

Penganjur Piala Emas dan badan induk CONCACAF, dalam satu kenyataan Selasa lepas berkata ia akan terus komited menganjurk­an Piala Emas sehingga 2023 dan selanjutny­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia