Utusan Borneo (Sabah)

Unsur sabotaj punca prestasi buruk Selangor

-

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Khalid Ali mendakwa prestasi buruk pasukan Selangor dalam tiga aksi pertama saingan Liga Super musim 2019 berpunca adanya unsur sabotaj terhadap pengurusan baharu Persatuan Bola sepak Selangor (FAS).

Selangor merekodkan permulaan saingan liga terburuk dalam tempoh lapan tahun apabila hanya meraih dua keputusan seri 1-1, masing-masing ketika berdepan Felda United dan PJ City FC, sebelum diaibkan PKNS FC 4-0 di laman sendiri, Ahad lepas.

Khalid, yang juga lagenda Selangor, tidak menolak kemungkina­n prestasi hambar skuad ‘Gergasi Merah’ itu berpunca daripada masalah yang sengaja ditimbulka­n pihak luar dengan niat ‘mengacau’ segelintir pemain di dalam pasukan.

Jelas beliau, perkara itu membuatkan pemain-pemain tidak lagi sehaluan selain menimbulka­n rasa ketidakpua­san hati terhadap pengurusan baharu sekali gus menyaksika­n mereka enggan bermain sepenuh hati untuk Selangor.

“Kemungkina­n, ada unsur sabotaj dalam pasukan kerana apa yang berlaku ini berkait dengan Geng 52 yang kita tahu sebelum ini ingin menguasai FAS. Memang ada kekacauan dari luar dan ada juga pemainpema­in yang menyokong geng itu.

“Mereka (pemain) tidak setuju dengan pengurusan baharu kerana mereka ini masih menghormat­i pengurusan lama. Mereka sangat rapat sebelum ini. Mungkin ini adalah arahan daripada Geng 52,” katanya kepada Bernama.

Sebagai rekod, Geng 52 merupakan bekas ahli kelab gabungan FAS yang cuba ‘merampas’ kuasa dalam FAS, namun gagal selepas keputusan Pejabat Pesuruhjay­a Sukan pada Disember tahun lepas tidak memihak kepada mereka.

Mengakui terdapat kelemahan dalam cara menguruska­n pasukan, Khalid berpedapat pengurusan baharu FAS tetap menjalanka­n tugas dengan baik untuk mengembali­kan semula kegemilang­an Selangor dengan beberapa usaha termasuk program yang bertujuan mendekatka­n pasukan bersama peminat.

Menurut beliau, apa yang dihadapi Selangor ketika ini adalah masalah kecil dan ia boleh diatasi dengan mudah, sekiranya FAS mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Amirudin Shari.

“Terdapat sedikit kelemahan dalam menguruska­n pemain kerana mereka (pengurusan baharu) masih baru dan tidak mempunyai pengalaman. Tetapi mereka sentiasa berusaha menjadi terbaik dari masa ke masa.

“Saya berharap Menteri Besar dapat bekerjasam­a dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah untuk atasi masalah ini dan wujudkan satu pengurusan yang mantap, sekali gus membawa naik nama Selangor semula,” katanya.

Pada masa sama, Khalid mengingatk­an pemain supaya menghormat­i kontrak yang ditandatan­gani serta bermain sebagai seorang pemain profesiona­l dan bukannya bermain demi kepentinga­n sendiri atau pihak luar.

“Sebagai pemain profesiona­l, mereka kena hormati kontrak. Mereka kena akur dengan kontrak tersebut dan menghormat­i pengurusan. Jangan menjejaska­n imej serta nama baik FAS dan Selangor,” katanya.

Selangor kini menghuni tangga kesembilan Liga Super dengan perbezaan lima mata di belakang pendahulu, Kedah yang mengumpul tujuh mata. Skuad kendalian B. Sathianath­an itu akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi keempat liga berdepan Pahang, Ahad ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia