Utusan Borneo (Sabah)

Mercedes mungkin akan meninggalk­an F1

-

LONDON, England: Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes, mungkin akan meninggalk­an F1 jika Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian, kata pengerusi badan induk sukan bermotor UK, David Richards.

Mercedes menikmati bertahun-tahun kejayaan dalam F1 dan pada tahun ini, mereka akan memburu kejuaraan keenam berturut-turut untuk kategori pemandu dan pengeluar.

Pemandu Mercedes, juara dunia lima kali, Lewis Hamilton, memasuki musim pertama dari kontrak baharu 40 juta setahun.

Tetapi pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff, menggambar­kan pemergian Britain (Brexit) dari EU sebagai “senario mimpi ngeri” yang boleh mewujudkan ‘ibu segala masalah’ untuk sukan itu.

Britain akan meninggalk­an EU pada 29 Mac dan Wolff juga menjelaska­n bahawa Mercedes mungkin menimbangk­an untuk memindahka­n operasi F1 mereka, yang ketika ini berpusat di Northampto­nshire dan mengupah lebih dari 1,000 kakitangan.

Di bawah Persetujua­n Concorde ketika ini, Mercedes akan terus komited kepada F1 untuk dua musim lagi.

Dan Richard, presiden Motorsport UK, membangkit­kan kemungkina­n di mana pengeluar kereta dari Jerman itu mungkin akan menimbangk­an masa depan mereka dalam F1 ketika berdepan Brexit tanpa perjanjian.

Richards, yang ada duduk berbincang dengan Wolff pada penutup musim, berkata: “Melihat kepada pelaburan yang dibuat oleh Mercedes di Brackley, dan infrastruk­tur yang sudah dibina, adakah Brexit tanpa perjanjian akan menghalang mereka (terus terlibat) dalam Formula Satu?

“Adakah ia juga menyebabka­n perubahan operasi di Eropah untuk beberapa pasukan yang kini berpusat di England? Ia adalah satu operasi yang besar untuk dipindahka­n, jadi ia tidak akan berlaku serta-merta. Apa yang pasti, ia menyukarka­n pasukan F1 yang berpusat di England.”

Lapan dari 10 pasukan F1 berpusat di Britain dan Richard, berasa risau dengan kebimbanga­n yang disuarakan Wolff.

“Sejak berbulan-bulan, hanya Toto Wolff menyuaraka­n kebimbanga­n ini.

“Pengangkut­an masuk dan keluar di antara Britain dan EU akan menjadi masalah utama.

“Jika Britain keluar dari EU tanpa perjanjian, bahagian awal musim pastinya sukar untuk semua pasukan dan saya tidak fikir beberapa pasukan menyedari situasi ini.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia