Utusan Borneo (Sabah)

Herrera bakal menandatan­gani kontrak baharu bernilai 100,000 pound seminggu

-

MANCHESTER, England: Ander Herrera dijangka akan terus komited dengan masa depannya di Manchester United selepas kembali mendapat tempat di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu dijangka akan menandatan­gani kontrak baharu bernilai 100,000 pound seminggu selepas rundingan mengenai kontrak baharu berubah positif sejak beberapa minggu yang lalu, menurut akhbar The Sun Selasa lepas.

Akhbar Sportsmail melaporkan awal bulan ini di mana pemain dari Sepanyol itu hampir menandatan­gani kontrak baharu di kelab selepas meletakkan dirinya sebagai kesebelasa­n utama kelab bersama-sama Paul Pogba dan Nemanja Matic.

Hererra, di mana kontrak semasa beliau di Old Trafford berakhir musim panas ini, kelihatan akan meninggalk­an kelab apabila rundingan terhenti sebelum Solskjaer menggantik­an Jose Mourinho di kelab.

Satu sumber memberitah­u The Sun: “Ander sekarang sudah bersedia untuk terus kekal selepas rundingan sebelum ini hambar.

“Kelab sudah menjelaska­n kepada beliau di mana mereka mahu beliau kekal. Mereka tidak mahu beliau pergi tanpa yuran perpindaha­n.

“Beliau memiliki keluarga muda dan sudah menyesuaik­an diri di Manchester. Ander juga sangat popular di kalangan penyokong.

“Ia tidak begitu jauh dari gaji dan perjanjian beliau sekarang. Semuanya kelihatan bergerak ke arah yang betul.”

Herrera beraksi cemerlang ketika membantu United menewaskan Chelsea 2-0 pada perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris Isnin lepas.

Beliau kini dalam prestasi cemerlang dan mendapat pujian dari Solskjaer.

“Tenaga dan keazaman beliau adalah sangat penting untuk kami,” kata Solskjaer.

“Dan kerana itu kenapa beliau bermain, kerap atau tidak pada setiap perlawanan, beliau sentiasa mempunyai banyak tenaga. Beliau boleh menampung posisi di sayap kanan dan membantu serangan.” — Reuters

 ??  ?? HERRERA
HERRERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia