Utusan Borneo (Sabah)

Kedudukan Junior ke Sarawak samar

Jelius harap penyerang import dari Brazil itu pulih sebelum perlawanan Liga Premier Sabtu ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad Tambadau Sabah mungkin kembali beraksi dengan hanya tiga import apabila meneruskan cabaran Liga Premier menentang Sarawak di tempat lawan Sabtu ini.

Ia ekoran kecederaan yang dialami penyerang import barunya dari Brazil, Luiz Carlos Junior ketika menentang Terengganu FC II di mana sehingga kelmarin dia belum dapat menyertai latihan penuh bersama pasukan.

Ketua jurulatih, Jelius Ating ketika ditanya mengenai keadaan bekas pemain bawah 17 tahun kebangsaan Brazil itu berkata, beliau hanya boleh mengharapk­an pemain itu pulih sebelum perlawanan menentang Sarawak.

“Dia mengalami kecederaan otot paha dan belum pulih sepenuhnya. Kedudukann­ya ke Sarawak masih samar,” kata Jelius ketika dihubungi di sini, Rabu.

Pemain berusia 28 tahun itu adalah import terakhir direkrut Tambadau Sabah pada saat akhir dalam usaha memantapka­n jentera serangan, antara bahagian yang jelas lemah ketika Sabah tewas 1-2 di tangan Johor Darul Ta’zim II pada perlawanan pertamanya di Stadium Likas.

Junior hanya membuat penampilan pertama pada perlawanan kedua dan dikatakan antara watak penting membantu T am bada u Sabah mengikat Kelantan dengan keputusan seri 3-3 di tempat lawan.

Kelibat pemain itu di gelanggang sendiri ketika menentang Terengganu FC II Sabtu lalu bagaimanap­un hanya seketika apabila dia mengalami kecederaan dan diusung keluar pada minit ke-30. Tempatnya diambil alih Ricco Nigel Milus.

Meneruskan permainan dengan kekuatan tiga import sahaja iaitu Park Taesu (pertahanan), Luka Milunovic dan Rodoljub Paunovic (penyerang), Tambadau Sabah bagaimanap­un bangkit dari ketinggala­n 1-0 di separuh masa pertama dengan kemenangan 3-1.

Jelius berkata, jika Junior gagal mendapat tempat ke Sarawak, tempatnya dijangka akan diisi semula oleh Ricco.

Tambadau Sabah mengharapk­an kemenangan pertama ke atas Terengganu FC II menjadi titik mula baginya mencipta kemenangan demi kemenangan musim ini.

Empat mata dari tiga perlawanan meletakkan Sabah di kedudukan kelima di kalangan 12 pasukan dalam saingan Liga Premier yang kini didahului JDT II dengna sembilan mata.

“Dia mengalami kecederaan otot paha dan belum pulih sepenuhnya. Kedudukann­ya ke ” Sarawak masih samar.

JELIUS ATING Ketua jurulatih

 ?? -Gambar ihsan Media SAFA ?? JUNIOR terlantar kesakitan ekjoran kecederaan otot paha sebaik membuat percubaan ketika Tambadau Sabah menentang Terengganu FC II di Stadium Likas Sabtu lalu.
-Gambar ihsan Media SAFA JUNIOR terlantar kesakitan ekjoran kecederaan otot paha sebaik membuat percubaan ketika Tambadau Sabah menentang Terengganu FC II di Stadium Likas Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia