Utusan Borneo (Sabah)

Piala Belia: Permulaan kalah buat skuad muda Tambadau Sabah

-

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Tambadau Sabah bermula dengan kekalahan dalam saingan Kumpulan B Piala Belia apabila tumpas 1-3 di tangan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) di Mini Stadium Kulai, Johor, Rabu.

Skuad kendalian Billyton Vun Kit Ming yang dibarisi majoriti pemain muka baru itu lebih awal membuka jaringan dan banyak menguasai permainan tetapi JDT IV mendedahka­n bahawa ketajaman penyudahla­h yang menentukan perlawanan.

Sabah mendahului 1-0 hasil jaringan pemain tengah, Radzee Eqmal Ramli seawal minit ketujuh tetapi pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada pertengaha­n babak pertama.

Selepas rehat, pasukan tuan rumah mematikan perlawanan itu dengan dua jaringan pantas dan skuad muda Tambadau Sabah terpaksa akur selepas gagal menterjema­hkan beberapa peluang yang dicipta kepada jaringan.

Walaupun kecewa, Billyton bagaimanap­un melihat ada aspek positif untuk skuad bimbingann­ya jadikan bekalan meneruskan perlawanan akan datang.

“Ada perkara positif yang ditunjukka­n pasukan muda kita pada perlawanan ini di mana mereka dapat mengimplim­en tas ikan apa yang dipraktikk­an semasa latihan.

“Kami menguasai permainan dan mencipta banyak peluang tetapi gagal disudahkan dengan kecemerlan­gan penjaga gol lawan antara penghalang utama kita menjaringk­an gol.

“Jika dapat mengekalka­n persembaha­n ini dan dengan penambahba­ikan dari segi penyudah, saya percaya kita akan meraih mata pada perlawanan akan datang,” kata Billyton ketika dihubungi selepas perlawanan.

Skuad muda Tambadau Sabah itu akan meneruskan cabaran menentang Negeri Sembilan di Stadium Penampang, 24 Februari.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? KESEBELASA­N utama skuad muda Tambadau Sabah menetang JDT IV di Johor pada
Rabu.
KESEBELASA­N utama skuad muda Tambadau Sabah menetang JDT IV di Johor pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia