Utusan Borneo (Sabah)

Klopp tetap yakin The Reds akan teruskan kemaraan

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui keputusan hambar seri tanpa jaringan menentang Bayern Munich Selasa lepas adalah bukan apa yang beliau “impikan” tetapi masih yakin akan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Sadio Mane mensia-siakan peluang terbaik apabila rembatanny­a tersasar pada separuh masa pertama tetapi aksi hambar dalam separuh masa kedua menyebabka­n semuanya akan hanya diketahui pada perlawanan kedua di Munich pada 13 Mac depan.

Bagaimanap­un, tanpa kehadiran pemain pertahanan kental, Virgil van Dijk kerana penggantun­gan dan kecederaan kepada Joe Gomez dan Dejan Lovren, Liverpool sekurang-kurangnya berjaya mengelak pintu golnya dari dibolosi walaupun menurunkan barisan pertahanan berbeza dengan menggandin­gkan Fabinho dan Joel Matip di posisi pertahanan tengah.

“Ia bukan keputusan atau permainan yang kami impikan,” kata Klopp. “Ia bukan satu perlawanan yang akan kami ingati dalam 30 tahun. Ia keputusan yang kami dapat dan akan berusaha mengubahny­a nanti.

“Kami berjaya mengelak pintu gol dari dibolosi tanpa Virgil. Ramai orang tidak menjangkak­annya. Kami bertahan dengan baik. Banyak perkara yang positif dari perlawanan ini, saya tidak terlalu gembira tetapi saya berasa OK.”

Ketidakser­asian pertahanan baharu Liverpool dapat dilihat di awal permainan ketika Liverpool bermula cemas.

Matip menarik nafas lega apabila hampir tertolak hantaran lintang Serge Gnabry ke pintu golnya sendiri tetapi bola berjaya diselamatk­an penjaga gol Alisson Becker.

Tetapi Becker melakukan kesilapan apabila melorong bola kepada Matip dalam keadaan sukar, menyebabka­n Robert Lewandowsk­i berjaya merampas bola tetapi Kingsley Coman gagal melakukan penyudah kemas.

Liverpool juga kelihatan hambar di jentera serangan terutama sekali penyudah akhir.

“Kami menyukarka­n diri kami sendiri dan umpanan akhir tidak kemas dalam 10 atau 12 kali,” tambah Klopp. “Kami boleh bermain lebih baik dari ini.”

Mohamed Salah melihat tandukanny­a tersasar dari umpanan tepat Trent Alexander-Arnold.

Mane kemudian mensiasiak­an peluang terbaik apabila rembatan dari bola muntah tersasar.

Bayern mungkin ketinggala­n dalam saingan Bundesliga Jerman, di mana mereka kurang tiga mata di belakang pendahulu liga, Borussia Dortmund tetapi mereka sudah melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara dalam setiap tujuh musim terakhir dan mempunyai pengalaman untuk mempertaha­nkan apa yang mungkin keputusan seri yang amat berharga di akhir permainan.

“Saya tidak ingat banyak kelab tidak bolos di Anfield. Cara Liverpool bermain, mereka pasukan yang hebat. Pasukan saya mengekang asakan demi asakan mereka,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac.

“Kami tidak menjaringk­an gol tetapi kami juga tidak bolos. Perlawanan di tempat sendiri satu kelebihan, kami beraksi di hadapan 75,000 penyokong kami tetapi kami tahu jika kami bolos, kami harus menang.”

Liverpool mempunyai 10 hari untuk membuat persediaan menentang Bayern kerana tersingkir awal dari kejohanan Piala FA Inggeris dan dijangka akan lebih cergas untuk memburu kemenangan.

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia