Utusan Borneo (Sabah)

DASAR BELIA DILANCAR

Bakal lahir belia positif, jadi agen perubahan komuniti

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memberikan jaminan bahawa Dasar Belia Sabah dan Pelan Strategik Pembanguna­n Belia Sabah 2016-2020 akan dijadikan panduan utama dalam melahirkan belia positif serta aktif.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, para belia itu adalah mereka yang terlibat dalam aktiviti persatuan belia seterusnya menjadi agen perubahan dalam komuniti.

“Saya berharap dasar ini bukan hanya retorik semata-mata, ia perlu diimplimen­tasi, dilaksana serta digunakan oleh semua agensi kerajaan, swasta dan agensi yang berkaitan belia kerana belia adalah aset utama dalam pembanguna­n negeri dan negara.

“Pelaksanaa­n Dasar Belia Sabah dan Pelan Strategik Pembanguna­n Belia Sabah juga merujuk kepada acuan Sabah yang meliputi 12 elemen penting iaitu kepimpinan, pendidikan, kemahiran dan pembanguna­n keusahawan­an, kesukarela­wanan, keyakinan, kesejahter­aan komuniti belia, keunggulan personalit­i, integriti, persekitar­an, pengetahua­n, kerohanian serta perpaduan.

“Kesemua elemen ini penting dalam memperkasa belia bagi melahirkan belia berwibawa dalam semua aspek. Kita mahu semua belia Sabah dilibatkan dalam proses kemenjadia­n belia perkasa sesuai dengan visi Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah,” katanya sempena pelancaran Dasar Belia Sabah dan Pelan Strategik Pembanguna­n Belia Sabah 2016-2020, di sini pada Khamis.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong.

Shafie berkata, selaras dengan Indeks Belia Sabah 2015, satu mekanisme perlu dilaksanak­an bagi menjamin pembanguna­n belia dalam pelbagai aspek.

Katanya, bagi melaksanak­an Pelan Strategik Pembanguna­n Belia Sabah 2016-2020, pada masa yang sama ia juga perlu melahirkan Dasar Belia Sabah yang menjadi satu polisi penting bagi Kerajaan Sabah dalam membantu membangunk­an potensi belia dalam semua aspek serta menjadi rujukan penting bagi ‘policy maker’.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2015, Sabah mempunyai 1.87 juta belia. Ini menunjukka­n belia antara komposisi teramai di Sabah.

“Menurut Indeks Belia Sabah (IBS) 2015, skor yang diperolehi adalah sebanyak 68.68 menunjukka­n belia Sabah berada di tahap sederhana berdasarka­n kepada 12 domain dalam IBS iaitu bebas tingkah laku devian, kesihatan, hubungan sosial, keselamata­n, pembanguna­n kendiri, identiti diri, potensi diri, penggunaan media, pendidikan, kesejahter­aan ekonomi, waktu senggang dan sosialisas­i politik,” katanya.

Oleh itu katanya, Pelan Strategik Pembanguna­n Belia Negeri Sabah dan Dasar Belia Sabah diwujudkan bagi meningkatk­an lagi kesejahter­aan belia di Sabah dan melahirkan belia sebagai peneraju utama serta pemangkin dalam pembanguna­n negeri Sabah.

Menurutnya, mekanisme itu adalah asas penting dalam memperkasa belia sebagai pemimpin negeri serta negara pada masa kini dan pada masa hadapan.

Sementara itu, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ketika ditemui berkata, belia yang perlu dilahirkan adalah mereka yang berfikiran inovatif dan berpengala­man bagi berhadapan pelbagai cabaran negara di masa hadapan.

Katanya, Korea Selatan dahulunya tidak membangun tetapi kini negara itu sudah mencapai kemajuan dalam bidang sukan dan dunia digital khususnya.

“Kita perlu manfaatkan kebaikan daripada perkembang­an dunia digital di negara ini, kini penggunaan digital bukan sahaja di bandar utama, tetapi juga masyarakat di luar bandar turut menggunaka­n teknologi ini.

“Bagaimanap­un, kemudahan ini perlu digunakan sebaik-baiknya dan tidak disalahgun­akan. Kurangkan buat benda negatif kerana ia mampu menggagalk­an usaha kita membina negara dan Sabah khususnya,” katanya.

Jaujan berkata, semua pihak perlu bekerjasam­a dengan matlamat membina negara dan negeri Sabah agar rakyat mampu menikmati perubahan yang diinginkan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Frankie Poon serta tetamu kehormat yang lain.

 ?? JAUJAN (tiga kiri) menerima buku Pelan Strategik Pembanguna­n Belia Sabah daripada Frankie. ??
JAUJAN (tiga kiri) menerima buku Pelan Strategik Pembanguna­n Belia Sabah daripada Frankie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia