Utusan Borneo (Sabah)

Esscom tingkat kawalan perairan

Melalui kawalan udara Esszone secara bersepadu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melalui bahagian operasi udara akan memperkasa usaha pemantauan dan kawalan udara secara bersepadu.

Ketua Staf Bahagian Udara Esscom Brig Jen Ayub Khan Mohamad Khan berkata inisiatif itu akan dilaksanak­an dengan kerjasama pesawat-pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkal­an di pantai timur Sabah seperti Pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya, penggunaan pesawat-pesawat seperti Helikopter Fennec TLDM dari KD Sri Semporna, Helikopter Nuri TUDM di Tawau dan Helikopter Agusta dari Skuadron 881 Pangkalan Udara Tentera Darat (PUTD) di Sandakan.

Turut digunakan dua lagi pesawat iaitu pesawat Hawk dan pesawat B200T masingmasi­ng

“Langkah drastik Esscom ini juga bertujuan membantera­s semua jenis elemen jenayah rentas sempadan yang sering kali menjadikan kawasan Esszone sebagai ‘staging point’ untuk melakukan jenayah seperti penyeludup­an manusia dan penculikan.” barang-barang kawalan selain BRIG JEN AYUB KHAN MOHAMAD KHAN Ketua Staf Bahagian Udara Esscom

didatangka­n dari 6 Skuadron dan 16 Skuadron yang beroperasi dari pangkalan Udara Labuan.

Beliau berkata langkah itu penting untuk mengenal pasti sebarang penceroboh­an dan kemasukan anasir-anasir luar yang boleh mengganggu gugat keselamata­n serta ketenteram­an awam di kawasan pantai timur Sabah khususnya di kawasan persempada­nan perairan yang berhampira­n dengan sempadan perairan Malaysia dan Filipina.

“Langkah drastik Esscom ini juga bertujuan membantera­s semua jenis elemen jenayah rentas sempadan yang sering kali menjadikan kawasan Esszone sebagai ‘staging point’ untuk melakukan jenayah seperti penyeludup­an manusia dan barang-barang kawalan selain penculikan,” katanya.

Ayub Khan berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat operasi pemantau udara bersama dengan Detachment-Detachment pesawat Angkatan Tentera Malaysia di Pejabat Esscom di sini pada khamis.

Menurutnya, operasi udara yang dilaksanak­an itu sebagai pelengkap kepada operasi lain yang sentiasa dilaksanak­an oleh bahagian lain di dalam Esscom seperti Operasi Bersepadu, Operasi Gasak dan Operasi Gasak Laut.

Katanya, inisiatif itu juga sebagai satu pendekatan strategik untuk meningkatk­an kehadiran dan keberadaan atau ‘show of presence’ pasukan keselamata­n khasnya asetaset udara yang berpangkal­an di Esszone di lokasi-lokasi tertentu bagi menunjukka­n kesiapsiag­aan pasukan udara dalam menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Saya mengucapka­n berbanyak-banyak terima kasih kepada semua detachment pesawat ATM yang terdiri daripada pesawat-pesawat TUDM, TLDM dan PUTD yang terus menyokong dan memberikan komitmen padu secara berterusan kepada Pasukan Udara Esscom dalam usaha kita untuk memperting­katkan lagi tahap keselamata­n dan ketenteram­an di pantai timur Sabah melalui bantuan dan sokongan rondaan udara secara konsisten walaupun kita tahu setiap pasukan udara mempunyai tugasan rutin di dalam kawasan tanggungja­wab masing-masing.

“Dengan kerjasama ini, secara tidak langsung ia akan meningkatk­an lagi tahap keselamata­n pantai timur Sabah bagi membolehka­n seluruh rakyat Malaysia khususnya komuniti maritim yang tinggal di kawasan pantai timur Sabah serta pelancong asing yang berkunjung ke negeri ini akan sentiasa merasa selamat tanpa diselubung­i oleh perasaan takut ataupun bimbang mengenai tahap keselamata­n mereka,” katanya.

 ??  ?? AYUB Khan bersama ahli mesyuarat yang hadir membincang­kan operasi pemantauan udara.
AYUB Khan bersama ahli mesyuarat yang hadir membincang­kan operasi pemantauan udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia