Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan hilang ditemukan lemas

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang sejak Rabu ditemukan lemas di Sungai Segaliud pada jam 10.32 pagi Khamis.

Mangsa, Muhammad Salim, 62, dilaporkan hilang sejak Rabu selepas keluar menangkap ikan berseorang­an.

Mayat mangsa ditemukan terapung oleh penduduk kampung pada kedudukan kira-kira satu kilometer dari dia terjatuh dari bot.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya sebelum itu menggerakk­an semula operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.40 pagi.

“Kita terpaksa menangguhk­an pencarian pada jam 1 pagi tadi dan operasi itu di sambung pagi ini,” katanya.

Beliau berkata lima anggota bomba turut dibantu penduduk kampung dalam operasi pencari di sepanjang sungai berkenaan.

Anddre berkata mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung dan kondusi mayat mangsa ketika ditemukan dalam keadaan sempurna serta tiada tanda cedera.

Beliau berkata bot mangsa dipercayai terlanggar benda keras sebelum karam dan mangsa dipercayai terjatuh dari bot sebelum ditemukan lemas.

Katanya mayat mangsa yang ditemukan penduduk kampung terus dibawa ke rumah keluargany­a.

Menurutnya, laporan kejadian itu telah diambil oleh pihaknya dan pihak polis.

Turut berada di lokasi kejadian, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Arifin Asgali bersama Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sekong Yusoff Ammoh Sulaiman.

 ??  ?? ARIFIN bersama Yusof serta anggota bomba di lokasi kejadian.
ARIFIN bersama Yusof serta anggota bomba di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia