Utusan Borneo (Sabah)

Pengakap Labuan adakan Mesyuarat Pemimpin Pengakap

-

LABUAN: Persekutua­n Pengakap Malaysia Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan Mesyuarat Majlis Pemimpin Pengakap WP Labuan kali pertama pada tahun 2019 Dewan Labuan Liberty Port Management (LLPM) pada Rabu.

Mesyuarat itu dipengerus­ikan oleh Ketua Pesuruhjay­a Negeri Skip Hong Heng Chee.

Sebanyak 19 kumpulan pengakap di Labuan telah menghantar wakil bagi menghadiri mesyuarat itu, iaitu dari SK Layang-Layangan, SK Pekan Satu, SK Membedai, SK Pantai, SJKC Chi Wen, SK Bukit Kalam, SK Rancha-Rancha, SK Sg Lada, SK Sg Bedaun dan SK Pekan Dua.

Selain itu, SK Bebuloh, Labuan Internatio­nal School, SMA Majlis Agama Islam WP Labuan, SMK Mutiara, SM St Anthony, SMK Pantai, SMK Lajau, SMK Labuan dan SM Sains Labuan.

Dalam mesyuarat itu, dibentangk­an prosedur pendaftara­n dan tentatif latihan dan program yang akan dilaksanak­an pada tahun 2019.

Turut disampaika­n Anugerah Manikayu kepada pemimpinpe­mimpin yang berjaya melaksanak­an Kursus Kepimpinan Manikayu pada tahun lepas.

Seramai 15 pemimpin pengakap telah dianugerah­kan Manikayu pada majlis kali ini iaitu masingmasi­ng lapan pemimpin daripada Sekolah Antarabang­sa Labuan, empat daripada SK Membedai, seorang dari SK Pekan Satu dan dua dari Ibu Pejabat Negeri.

Ia merupakan kursus penting bagi sesiapa yang ingin memimpin satu kumpulan pengakap.

Hong dalam ucapannya berkata Pengakap Labuan hendaklah berusaha gigih demi menaikkan nama pengakap di WP Labuan dan para pemimpin pengakap perlu mendapatka­n tauliah bagi membolehka­n pelaksanaa­n aktiviti.

“Pengakap menanamkan semangat kepengakap­an hingga akhir hayat, agar semua pengakap bersatu tidak mengira bangsa dan agama, pengakap adalah bersaudara kepada semua dan memasyarak­atkan aktiviti pengakap,” katanya.

 ??  ?? HONG (empat kanan) bersama Pemimpin Pengakap Labuan yang menerima Anugerah Manikayu yang berjaya melaksanak­an Kursus Kepimpinan Manikayu pada tahun lepas.
HONG (empat kanan) bersama Pemimpin Pengakap Labuan yang menerima Anugerah Manikayu yang berjaya melaksanak­an Kursus Kepimpinan Manikayu pada tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia