Utusan Borneo (Sabah)

Anak maut kemalangan nyata hasrat ikut arwah nenek: Ibu

-

GEORGE TOWN: Annur Sumayyah Syabandi, kanak-kanak tiga tahun yang maut dilanggar sebuah kereta yang mengundur semalam menyatakan keinginann­ya untuk bertemu dan mengikut neneknya yang meninggal dunia 10 bulan lepas, beberapa jam sebelum kejadian itu berlaku.

Menurut ibunya, Nor Dallia Yusoff, 28, arwah yang manja dipanggil Sumayyah itu memberitah­unya ternampak arwah nenek, Faridah Hamid, 50 pada sebelah pagi hari kejadian dan mahu mengikut arwah.

“Saya tidak menyangka apa yang dikatakan oleh anak saya itu adalah petanda apa yang akan terjadi kepadanya selepas itu,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Rumah Panjang Tanjung Tokong di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Annur Sumayyah maut selepas kereta yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun mengundur secara mengejut dan melanggarn­ya di dalam kawasan rumah kanak-kanak tersebut .

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah di kepala dan jenazahnya kemudian dikebumika­n bersebebel­ahan kubur neneknya di Tanah Perkuburan Jalan Gajah, Tanjong Tokong di sini.

Nor Dallia yang sedang mengandung lapan bulan berkata dia reda dengan pemergian anaknya dan tidak menyalahka­n wanita terbabit yang merupakan rakan sejiran yang sering datang ke rumah.

“Sebelum inipun kami sama-sama tinggal di Kuching, Sarawak. Pada saya dia tak mungkin nak buat macam itu, bukan niat dia, Allah dah letak takdir anak saya begini, saya reda,” katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu hanya dia berada di rumah kerana suaminya masih bertugas di Kuching.

Sementara itu, pemandu wanita terbabit ditahan polis untuk disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia