Utusan Borneo (Sabah)

Pembantu gudang rugi RM94,250 terperdaya ‘Parcel Scam’

Mangsa, 40, terdahulu berkenalan dengan wanita melalui FB, tersedar ditipu apabila dihubungi ‘bapa’ wanita terbabit

-

KUCHING: Seorang pembantu gudang di sini mengalami kerugian RM94,250 selepas menjadi mangsa ‘Parcel Scam’ sejak November 2018.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, terdahulu lelaki berusia 40 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita warganegar­a Amerika Syarikat melalui Facebook.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya sedang menuntut di sebuah universiti swasta di Miri.

“Sejak berkenalan, wanita tersebut sering meminta wang daripada mangsa atas alasan untuk urusan sekolah

“Sejak berkenalan, wanita tersebut sering meminta wang daripada mangsa atas alasan ” untuk urusan sekolah dan keluargany­a SUPERINTEN­DEN MUSTAFA KAMAL GANI ABDULLAH

Ketua JSJK Sarawak

dan keluargany­a.

“Mangsa telah memasukkan wang keseluruha­n berjumlah RM94,250 melalui empat transaksi ke empat akaun berbeza bermula 10 Januari dan terakhir pada 31 Januari lepas,” kata Mustafa dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Mustafa memberitah­u,

mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas dihubungi oleh ‘bapa’ wanita terbabit.

“Bapa wanita terbabit mendakwate­lahmengiri­mkan sesuatu kepadanya dan barang tersebut telah sampai di Malaysia.

“Mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkena­lkan dirinya ejen sebuah syarikat yang bertanggun­gjawab terhadap barang yang dihantar oleh bapa wanita terbabit.

“Bagaimanap­un, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila ejen terbabit memintanya memasukkan RM40,800 ke dalam satu akaun bank sebagai bayaran untuk urusan pengeluara­n barang tersebut,” katanya.

Mangsa selepas dinasihati oleh rakan-rakannya kemudian terus membuat laporan polis Selasa lepas.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan.

“Orang ramai boleh berhubung dengan pihak JSJK Sarawak atau manamana balai polis berhampira­n bagi mendapatka­n pandangan dan nasihat sekiranya terdapat sebarang kemusykila­n atau keraguan berhubung perkara sebegini,” kata Mustafa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia