Utusan Borneo (Sabah)

The 1975 menang besar di Anugerah Brit, Pink diberi pengiktira­fan

-

KUMPULAN pop rock The 1975 mencuri tumpuan di acara anugerah tahunan muzik pop British pada Rabu lepas apabila mereka memenangi anugerah Album Terbaik Brit yang diidam-idamkan, dan penyanyi Amerika Syarikat (AS) Pink juga menerima penghormat­an.

Kumpulan empat anggota dari Manchester berkenaan memenangi hadiah untuk album nombor satu mereka ‘A Brief Inquiry into Online Relationsh­ips’ di hadapan Florence + The Machine dan penyanyi indie George Ezra.

Kumpulan itu juga memenangi anugerah kumpulan British terbaik – dan bercakap menentang kebencian terhadap wanita dalam ucapan penerimaan mereka – sebelum mereka mempersemb­ahkan lagu ‘Sincerity Is Scary’ untuk ribuan hadirin yang memenuhi O2 Arena di London di acara tahunan ke-39 itu, yang mengiktira­f bakat terbaik di Britain bagi 2018.

Selebriti senarai A dari Australia Hugh Jackman melancarka­n prosiding dengan segala kegemilang­an Hollywood apabila dia mempersemb­ahkan ‘The Greatest Show’ dari filem muzikal hit ‘The Greatest Showman’ diiringi puluhan penari yang melawan graviti.

George Ezra merupakan pemenang awal pada malam itu apabila dia memenangi anugerah Artis Solo Lelaki Terbaik, dengan menewaskan saingan daripada perintis garaj Craig David, penerbit tekno avant-garde veteran Aphex

Twin dan penyanyi soul Sam Smith.

Dia menyusulin­ya dengan mempersem-bahkan lagu rancak yang menduduki tempat teratas carta pada musim panas ‘Shotgun’, sejurus sebelum diva soul berusia 21 tahun Jorja Smith dipilih sebagai artis solo wanita terbaik.

Superstar AS Ariana Grande dan dua gergasi hip-hop Drake dan The Carters – yang terdiri daripada pasangan berkuasa Jay-Z dan Beyonce – membawa pulang anugerah antarabang­sa, dan The Carters menghantar video mesej terima kasih di hadapan lukisan diraja Meghan, The Duchess of Sussex.

Dua Lipa, pemenang besar di majlis anugerah Brits pada tahun lepas, menyampaik­an persembaha­n yang memukau sebagai sebahagian daripada kolaborasi superstar bersama penerbit popular Calvin Harris dan penyanyi Sam Smith.

Bintang yang sedang meningkat naik, AnneMarie, yang menjadi masyhur sebagai vokalis dalam hit antarabang­sa Clean Bandit ‘Rockabye’, dicalonkan untuk empat anugerah, termasuk untuk video yang diilhamkan oleh Britney Spears bagi ‘2002’, tetapi pulang dengan tangan kosong.

‘SEMUA INI BEGITU HEBAT SEKALI’

Artis AS yang menjual jutaan rekod di seluruh dunia iaitu Pink menutup acara dengan rampaian lagu hit selepas disampaika­n

dengan anugerah pencapaian cemerlang untuk mengiktira­f kariernya selama 20 tahun.

“Semua ini begitu hebat sekali bapa saya amat teruja,” katanya kepada hadirin.

“Ia melangkaui segalanya

yang dapat difahami otak saya. Ia adalah perjalanan yang hebat sekali.”

Anugerah Brit mengiktira­f artis terbilang dalam muzik pop British sejak ia diadakan buat pertama kali pada 1977, dan sering diwarnai skandal dan

sandiwara.

Anugerah Brit 1989 paling diingati kerana kemahiran penyampaia­n model Samantha Fox dan Mick Fleetwood dari kumpulan Fleetwood Mac yang kucar-kacir dan siri kesilapan yang lucu.

Penyanyi utama kumpulan Pulp, Jarvis Cocker, menyerbu pentas untuk membantah apabila Michael Jackson membuat persembaha­n dikeliling­i kanak-kanak pada 1996.

Pada 1998, vokalis Chumbawamb­a, Danbert Nobacon, menuang sebaldi air ais ke atas timbalan perdana menteri ketika itu, John Prescott.

Dan Madonna mengalami kecederaan di edisi 2015 apabila dia terjatuh dari pentas dengan memakai mantel gergasi dan dikeliling­i penari yang memakai kostum ala belenggu dan tanduk di kepala mereka.

Anugerah itu juga pernah dikritik kerana gagal untuk menunjukka­n keberanian dalam pemilihan penghibur mereka sejak beberapa tahun lalu.

Industri muzik British menyumbang sebanyak £4.5 bilion (AS$5.8 bilion, 5.1 bilion euro) kepada ekonomi UK pada 2015, dan artis British menyumbang kepada satu daripada setiap lapan album yang dibeli di seluruh dunia.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Hugh Jackman membuka tirai dengan mempersemb­ahkan ‘The Greatest Show’ dari filem muzikal hit ‘The Greatest Showman’ diiringi puluhan penari yang melawan graviti.
— Gambar AFP HEBAT: Hugh Jackman membuka tirai dengan mempersemb­ahkan ‘The Greatest Show’ dari filem muzikal hit ‘The Greatest Showman’ diiringi puluhan penari yang melawan graviti.
 ??  ?? THE 1975
THE 1975
 ??  ?? THE 1975
THE 1975

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia