Utusan Borneo (Sabah)

1,158 gram ganja bernilai RM2,500 dirampas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis berjaya merampas sejumlah 1,158 gram ketulan mampat ganja bernilai RM2,500 dari satu rangkaian sindiket pengedaran dadah.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kesemua ganja terbabit dirampas di dua lokasi berasingan daripada seorang lelaki tempatan berumur awal 40-an.

“Kes berjaya dikesan apabila polis mendapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an di hadapan sebuah restoran makanan laut Taman Dikson Jalan Lintas di sini kira-kira jam 3.40 petang Rabu.

“Ketika diperiksa, anggota polis tidak menemukan sebarang bahan terlarang pada badan suspek dan pemeriksaa­n diteruskan

di dalam kereta berwarna putih yang dipercayai dinaiki suspek,” katanya.

Menurutnya, hasil geledahan dalam kereta terbabit berjaya menemukan beg berwarna hitam di bahagian pelapik kaki pemandu dan sebaik dibuka terdapat dua plastik besar mengandung­i 12 mampatan kecil tumbuhan dipercayai ganja seberat 214 gram.

“Hasil soal siasat terhadap suspek kemudian membawa ke sebuah taman perumahan di Luyang sebelum menemukan sebuah beg bagasi berwarna hitam mengandung­i lapan paket plastik bersaiz besar.

“Selepas dibuka terdapat lima kecil bungkusan mengandung­i mampatan ganja seberat 944 gram di dalam beg sama,” katanya sambil menambah jumlah

keseluruha­n rampasan ganja seberat 1,158 gram dianggarka­n bernilai RM2,500 pada harga pasaran tempatan.

Zaini berkata hasil pemeriksaa­n lanjut mendedahka­n ganja yang dirampas adalah untuk pasaran tempatan.

“Suspek yang berasal dari Papar ini juga dikesan mempunyai kaitan dengan satu rangkaian sindiket pengedaran dadah yang dilumpuhka­n baru-baru ini dan siasatan terperinci masih dijalankan dalam usaha menahan dalang utama.

“Tangkapan kini ditahan reman selama seminggu sehingga Rabu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntu­kkan hukuman

mati, penjara seumur hidup serta sebatan,” katanya.

Dalam pada itu, Zaini berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah berjaya menahan 2299 individu yang melakukan pelbagai kesalahan dadah bermula Januari sehingga hari ini.

“Jumlah ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 209 berbanding tempoh sama pada 2018 dan 168 daripada mereka yang ditahan adalah pengedar dadah yang disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(2), dan 39A(1) ADB 1952.

“Rampasan dadah paling banyak ialah syabu seberat 3,907.81 gram dan daun ketum turut mencatatka­n rekod rampasan terbaharu sebanyak 6,000 gram,” katanya.-

 ??  ?? ZAINI menunjukka­n rampasan ganja pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Jumaat.
ZAINI menunjukka­n rampasan ganja pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia