Utusan Borneo (Sabah)

Kutipan bayaran bas ditangguh

Pengusaha pelanconga­n sekitar Kota Kinabalu sambut baik

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Keputusan diambil pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah dan Innoprise Corporatio­n Sdn Bhd (ICSB) bagi menangguhk­an kutipan bayaran terhadap bas pelanconga­n yang membawa pelancong ke Menara Tun Mustapha untuk mengambil gambar kenangan sangat dialu-alukan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk C h r i s tin aL i e w berkata, pengusaha pelanconga­n di sekitar bandaraya ini gembira dengan keputusan itu dan akan terus membawa pelancong melawat ke mercu tanda terkemuka itu.

Katanya, pihak pengurusan Yayasan Sabah boleh menjana pendapatan dengan membawa masuk lebih ramai pelancong melawat galeri butik di Menara Tun Mustapha.

“Kita harus secara agresif mempromosi­kan baju batik tempatan iaitu Batik Bayu kerana ia adalah koleksi eksklusif buatan tempatan menggunaka­n kain bermutu

tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, premis butik itu menawarkan pelbagai jenis kain sesuai bagi wanita dan lelaki. Kain berkenaan dihasilkan di Pusat Kraftangan Sabah (PKS) yang terletak di Daerah Keningau.

Katanya, pusat itu turut membanggak­an negeri ini kerana menjadi satu-satunya pengeluar kain batik Sabah yang menerima pensijilan Batik Malaysia MS 692: 2007 pada tahun 2015.

“Premis Galleria Artisan tidak seharusnya terlepas pandang daripada pelancong dan harus dijadikan salah satu destinasi perlu dilawati di sini.

“Pihak pengurusan juga wajar mengadakan kerjasama dengan pengusaha pelanconga­n bagi mewujudkan pakej pelanconga­n untuk melawat Galleria Artisan,” katanya.

Baru-baru ini, satu rombongan dari Yayasan Sabah diketuai Pengarahny­a Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria mengadakan

kunjungan hormat terhadap Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Jamalul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ICSB turut membincang­kan perkara-perkara berkaitan pelanconga­n.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar William Baya, Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn Bhd Datuk Rosmawati Lasuki dan Pengarah Urusan Borneo Nature Tours, George Hong.

Dalam taklimat itu, Pengurus Kumpulan PKS Zaiton Bakri turut menjelaska­n perkembang­an industri kraftangan Sabah yang dijadikan pusat latihan kepada komuniti khususnya di luar bandar.

Katanya, sejak program latihan kraftangan yang diperkenal­kan pada 2011, seramai 20,507 peserta berjaya dilatih.

“Kristal Handal Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada ICSB, berperanan

menjalanka­n pemasaran utama terhadap PKS.

“Anak syarikat itu menjadi jentera penting kepada produk-produk kraftangan

negeri ini untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Katanya, syarikat itu turut dalam usaha membuka

satu galeri baharu di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) yang terdiri daripada seksyen kraftangan, kain batik dan seni.

 ??  ?? CHRISTINA (tiga kiri) menerima buku Yayasan Sabah daripada Jamalul, turut kelihatan Wiliam (tiga kanan).
CHRISTINA (tiga kiri) menerima buku Yayasan Sabah daripada Jamalul, turut kelihatan Wiliam (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia