Utusan Borneo (Sabah)

Seni jahitan quilt sumber pendapatan komuniti Labuan

-

LABUAN: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Labuan telah menganjurk­an program seni jahitan quilt secara percuma kepada 50 komuniti wanita B40 di sini, barubaru ini.

Program Tanggungja­wab Sosial Masyarakat (CSR) ini diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2019 di mana isteri Menteri Wilayah Persekutua­n Prof. Dr. Zaitun Abu Bakar sebagai tenaga pengajar seni jahitan quilt ini.

Perbadanan Labuan turut menyumbang­kan lima buah mesin jahit yang akan diletakkan di bangunan Kemas untuk kegunaan komuniti Labuan.

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n berhasrat untuk menjadikan seni jahitan quilt sebagai salah satu sumber pendapatan komuniti Labuan pada masa akan datang.

“Kementeria­n juga berhasrat untuk menjadikan WP Labuan sebagai pusat penghasila­n produk-produk quilt yang berkualiti tinggi dan dikenali sebagai produk tarikan pelanconga­n WP Labuan dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, apabila kita melancong ke Turki, kita pasti akan membeli produk karpet buatan Turki yang bermutu tinggi sebagai buah tangan,”katanya.

Program CSR menjahit quilt ini juga adalah salah satu daripada projek di bawah Inisiatif Mensejahte­rakan Rakyat WP Labuan dalam memberikan peluang kepada warganya menjana pendapatan sendiri melalui seni jahitan.

Ramai warga WP Labuan yang kehilangan pekerjaan sejak kejatuhan ekonomi akibat kemerosota­n industri minyak dan gas dunia masa kini.

Bagi perancanga­n masa depan, sebuah badan akan

ditetapkan untuk menjadi agen pemasaran kepada produk-produk quilt Labuan ini untuk dijual di pasaran tempatan serta dikomersil­kan ke pasaran antarabang­sa.

Hasil keuntungan kelak boleh digunakan untuk

melatih peserta-peserta baharu di dalam bidang ini khusus dalam membantu rakyat Labuan sekaligus dapat mengubah struktur ekonomi rakyat Labuan terutama kepada golongan wanita yang tidak bekerja.

Oleh itu, kementeria­n

berharap agar programpro­gram Inisiatif Mensejahte­rakan Rakyat WP Labuan akan dapat memperkasa­kan peranan wanita dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Kementeria­n akan berganding bahu bersamasam­a

pihak NGO dan sektor swasta untuk memperkasa­kan agenda sosial seperti ini supaya dapat melestarik­an kehidupan warga Labuan.

Turut hadir Pegawai Operasi Kemas Labuan, Salmah Daud.

 ??  ?? PROF. Dr. Zaitun (duduk tengah enam kanan) bersama peserta program seni jahitan quilt di Jabatan Kemas Labuan, baru-baru ini.
PROF. Dr. Zaitun (duduk tengah enam kanan) bersama peserta program seni jahitan quilt di Jabatan Kemas Labuan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia