Utusan Borneo (Sabah)

Kes baharu pengubahan wang haram Najib dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Jumaat diberitahu bahawa kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM27 juta, telah dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memaklumka­n perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Azura Alwi, yang turut dihadiri peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib.

Manoj berkata pada 11 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membenarka­n permohonan pendakwaan supaya kes yang dihadapi bekas perdana menteri itu dipindahka­n daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanap­un tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.

HakimAzura­kemudianny­a memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Pada 8 Feb lalu, Najib, 66, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini dengan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM27 juta, lima tahun lalu.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

AnggotaPar­limenPekan­itu dituduh melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementarai­tudiMahkam­ah Tinggi, Hakim Mohd Nazlan menetapkan 13 Mac depan untuk pengurusan kes Najib, yang berdepan tujuh pertuduhan membabitka­n dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta selepas Peguam Negara Tommy Thomas memohon tarikh berkenaan ketika sebutan kes itu, pada Jumaat.

Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwaan turut memaklumka­n kepada mahkamah bahawa rayuan Najib telah ditetapkan untuk pendengara­n pada 11 dan 12 Mac ini di Mahkamah Rayuan.

Pada tarikh berkenaan, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berhubung perintah larangan ke atas media untuk membincang­kan merit kes jenayah beliau; penzahiran dokumen dan pernyataan serta tindakan beliau mencabar pelantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan SRC Internatio­nal.

Mahkamah Rayuan juga akan mendengar rayuan Najib ke atas penarikan balik sijil pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB (dua, kiri) yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM27 juta hadir ke Mahkamah Sesyen bagi sebutan kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
-Gambar Bernama NAJIB (dua, kiri) yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM27 juta hadir ke Mahkamah Sesyen bagi sebutan kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia