Utusan Borneo (Sabah)

Pas kotakan janji sokong PM

Jika berlaku undi tidak percaya, kata Hadi

-

MARANG:Pas menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar-benar berlaku.

Presidenny­a, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun Pas di pihak pembangkan­g sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.

“Kita mempunyai maklumat (undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita bagi sokongan...kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

“Kita akan sokong bahkan sokong walaupun dalam kita (Pas) jadi pembangkan­g demi kepimpinan orang Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamanny­a selepas menyampaik­an kuliah dhuha di Rusila, dekat sini pada Jumaat.

Anggota Parlimen Marang itu mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Khamis di Kuala Lumpur yang mahu melihat sama ada Pas mengotakan janji menyokong beliau jika usaha mengguling­kan beliau berlaku.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan Pas itu adalah jaminan akan bersama Perdana Menteri atas dasar untuk menjaga kepentinga­n agama, bangsa dan negara.

Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitk­an selepas pendedahan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.

Abdul Hadi juga memberi bayangan kurangnya penglibata­n parti komponen PH membantu calon mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih seperti mengiakan wujudnya usaha mengguling­kan Pengerusi PH itu.-

 ??  ?? DR MAHATHIR
DR MAHATHIR
 ??  ?? ABDUL HADI
ABDUL HADI
 ??  ?? RAMAH MESRA:Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (tiga, kanan) beramah mesra dengan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniy­a Barathee, Gelugor semasa melawat tapak projek pembinaan bangunan tambahan empat tingkat sekolah itu, pada Jumaat. -Gambar Bernama
RAMAH MESRA:Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (tiga, kanan) beramah mesra dengan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniy­a Barathee, Gelugor semasa melawat tapak projek pembinaan bangunan tambahan empat tingkat sekolah itu, pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia