Utusan Borneo (Sabah)

SPRM Sarawak beri keutamaan siasatan terhadap Naroden

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak akan memberi keutamaan kepada siasatan kes yang mengaitkan Menteri Muda E-Dagang Sarawak Datuk Naroden Majais dengan dakwaan penyalahgu­na kuasa.

Pengarahny­a Razim Mohd Noor berkata setakat ini SPRM Sarawak telah menerima dua laporan yang mendakwa Naroden menyalahgu­na kuasa bagi tujuan peribadi.

“Saya memberi jaminan bahawa keutamaan akan diberi terhadap siasatan yang sedang dijalankan sebab beliau (Naroden) adalah seorang pemimpin dan ini kes yang sensitif, jadi kita perlu ambil serius dalam menyiasat sama ada benar atau tohmahan.

“Naroden akan dipanggil untuk membuat keterangan hanya selepas kertas siasatan disiapkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak di sini, pada Jumaat.

Baru-baru ini Naroden, yang juga Menteri Muda Usahawan dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak, berkata beliau akan memberikan kejasama penuh kepada SPRM.

Pada Feb 8, bekas wartawan Joseph Tawie membuat laporan di pejabat SPRM di sini yang mendakwa Naoden, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gedong, memiliki tanah yang luas di sekitar Simunjan.

Dalam pada itu, Razim berkata SPRM Sarawak telah mencipta sejarah dengan menempatka­n Timbalan Pengarah (Pencegahan) Zulhairy Zaidel, 46, ke Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri (UNION) , Jabatan KetuaMente­riSarawaks­ebagai Ketua Pegawai Integriti.

Antara tanggungja­wab Zulhairy ialah untuk merujuk kes-kes rasuah dalam kalangan penjawat awam negeri kepada pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk SPRM, katanya.

Pada majlis berkenaan Zulhairy menyerahka­n tugas kepada Chang Ching, 40, yang memegang jawatan Pemangku Penolong Kanan Pesuruhjay­a.

Razim berkata kerajaan Sarawak telah mengambil satu inisiatif kreatif untuk menerima cadangan SPRM Sarawak untuk menubuhkan unit integriti di agensi dan kementeria­n di bawahnya bagi mengatasi kelemahan berkaitan isu integriti yang sedia ada.

Beliau yang turut berharap kerjasama yang terjalin itu akan lebih rapat, berkata Sarawak telah menjadi negeri pertama mengadakan kursus integriti bertauliah untuk pegawai awam.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia