Utusan Borneo (Sabah)

Maut tertusuk buluh

-

MACHANG:Hasrat tiga sepupu bersiarsia­r di sekitar kampung pagi Jumaat berakhir dengan tragedi, apabila seorang daripada mereka maut tertusuk batang buluh di leher, di Kampung Bonggol Bukit Sawa, Bukit Bakar, di sini, pada Jumaat.

Mangsa Mohd Asri Ajeman, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan teruk pada 9 pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang ASP Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata semasa kemalangan pada 9 pagi itu, Allahyarha­m Mohd Asri membonceng motosikal yang ditunggang saudara sepupunya Mohd Fitri Rosdi, 18, manakala seorang lagi sepupu mereka yang menunggang motosikal berasingan berada di belakang.

Katanya, sebaik tiba di tempat kemalangan mereka bertembung dengan sebuah motosikal yang dinaiki seorang lelaki yang mengandar batang buluh di bahunya.

“Mohd Fitri cuba mengelak motosikal berkenaan tetapi bahagian hadapan buluh berkenaan tertusuk ke leher Mohd Asri,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Mohd Shamsuri berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan kerana memandu secara cuai menyebabka­n kematian,” katanya.

Sementara itu Mohd Fitri berkata, dia nampak banyak darah mengalir di leher Mohd Asri.

“Saya sempat mengajar allahyarha­m Mohd Asri mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia,” katanya.

Mohd Fitri yang masih trauma dengan kejadian berkata beliau tidak sangka akan kehilangan sepupu yang paling rapat sekelip mata,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia