Utusan Borneo (Sabah)

SK Sualok muncul juara keseluruha­n

Kejohanan Olahraga 2019 Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Labuk Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Kontinjen Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) 2019 Zon Labuk yang berlangsun­g di padang SK Sungai Sapi, di sini baru-baru ini.

Kejohanan melibatkan empat sekolah dalam Zon Labuk itu dikelolaka­n dengan jayanya oleh SK Sungai Sapi dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Sapi serta sekolah-sekolah dalam zon berkenaan.

KontinjenS­KSualokmun­cul juara keseluruha­n dengan pencapaian cemerlang meraih 7 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa, selain membolot dua anugerah individu terbaik.

Naib johan keseluruha­n disandang oleh kontinjen SK Holy Cross yang meraih 3 emas, 3 perak dan 8 gangsa, manakala kontinjen SK Lidong yang berjaya memenangi 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa meraih tempat ketiga.

Kontinjen tuan rumah, SK Sungai Sapi menduduki tempat ke-4 apabila dengan pencapaian meraih 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa.

Anugerah Olahragawa­n dinobatkan kepada Richie Colin dari SK Sualok yang memenangi 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa, manakala rakan sepasukann­ya, Nuralini Ayuni Mohd Rizal Wong paling cemerlang membolot 4 pingat emas untuk dijulang sebagai Olahragawa­ti kejohanan itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelolan­ya Manggi Santiri yang juga Guru Besar SK Sungai Sapi berkata, kejohanan itu yang merupakan acara tahunan dalam takwim sukan dan kokurikulu­m MSS Zon Labuk sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Olahraga MSS daerah Beluran.

Katanya, ia bertujuan memberi peluang kepada para atlet dari semua sekolah

dalam Zon Labuk untuk menonjolka­n bakat dan potensi masing-masing dalam sukan olahraga.

Menurutnya, selain melaksanak­an aktiviti kokurikulu­m dalam bidang sukan olahraga, ia juga bertujuan memilih peserta atau atlet terbaik untuk mewakili Zon Labuk ke Kejohanan Olahraga MSSD Beluran di Kompleks Sukan Beluran pada 26 - 28 Februari ini.

Beliau menjelaska­n, sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan mental, selain menjadi landasan perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.

Katanya, menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk dan melahirkan murid yang cerdas, berdisipli­n dan patuh dengan peraturan.

“Secara tidak langsung, ia membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi,

bertanggun­gjawab, berdisipli­n dan mempunyai jati diri yang kental, daya tahan serta semangat tidak mudah berputus asa,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan seumpamany­a bukan sematamata untuk menentukan siapa juara dan pemenang bagi sesuatu acara, namun perkara lebih penting ialah kejohanan tersebut memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada muridmurid bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancanga­n yang rapi dan pengorbana­n.

“Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai, melainkan melalui usaha gigih yang berterusan,” ujarnya sambil memotivasi­kan murid-murid yang berjaya mengharung­i cabaran dan tetap bersemanga­t walaupun terpaksa berlari di atas permukaan padang yang berpasir.

Dalam masa yang sama katanya, penganjura­n kejohanan itu juga dapat meningkatk­an lagi pengetahua­n dan pengalaman guru-guru dalam aspek pengurusan sesuatu program, di samping merapatkan lagi hubungan kerjasama dan silaturahi­m antara warga sekolah dan para ibu bapa serta komuniti setempat.

“Kejohanan ini adalah landasan ke arah memupuk perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormat­i dan semangat kerjsama yang tinggi,” katanya sambil menegaskan bahawa matlamat akhirnya nanti ialah membentuk sebuah

masyarakat dan warganegar­a yang berjiwa kental, patriotik dan saling menghargai kemampuan serta pencapaian orang lain.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Penyelia Sukan PPD Beluran, Cecilia Lawrence yang juga

Guru Besar SK Holy Cross, Beluran.

Dalam ucapannya, beliau berkata kejohanan tersebut bukan sekadar memenuhi rutin tahunan, tetapi untuk mengupayak­an Zon Labuk bagi melahirkan para peserta yang berpotensi untuk bersaing di peringkat daerah nanti.

Katanya, komitmen dan semangat daya saing serta nilai murni dan perpaduan perlu dihayati untuk membina ketahanan fizikal dan mental dalam mendepani tekanan dan cabaran dalam persaingan di arena pertanding­an.

“Dalam usaha mencapai usaha tersebut, semestinya guru menjadi tulang belakang yang mengupayak­an para atlet untuk teguh berjuang, memberi semangat dan sokongan tanpa mengenal erti putus asas dalam perjuangan untuk mencapai kejayaan,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Guru Besar SK Sualok Bakri Omar, Guru Besar SK Lidong Freddy Maginjoh dan para Penolong Kanan Kokurikulu­m dan wakil PIBG sekolah terlibat.

 ??  ?? KONTINJEN SK Sualok meraikan kemenangan selepas muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2019 MSS Zon Labuk, Beluran.
KONTINJEN SK Sualok meraikan kemenangan selepas muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2019 MSS Zon Labuk, Beluran.
 ??  ?? CECILIA (tiga kanan) dan Manggi (tiga kiri) bersama para pengurus pasukan dan guru-guru besar Zon Labuk, Beluran.
CECILIA (tiga kanan) dan Manggi (tiga kiri) bersama para pengurus pasukan dan guru-guru besar Zon Labuk, Beluran.
 ??  ?? CECILIA menyampaik­an piala pusingan kepada Guru Besar SK Sualok, Bakri Omar.
CECILIA menyampaik­an piala pusingan kepada Guru Besar SK Sualok, Bakri Omar.
 ??  ?? SK Holy Cross menduduki naib johan keseluruha­n.
SK Holy Cross menduduki naib johan keseluruha­n.
 ??  ?? NURALINI Ayuni dan Richie Colin (atlet terbaik) bersama Manggi dan Cecilia (kanan) selepas penyampaia­n anugerah olahragawa­n dan olahragawa­ti.
NURALINI Ayuni dan Richie Colin (atlet terbaik) bersama Manggi dan Cecilia (kanan) selepas penyampaia­n anugerah olahragawa­n dan olahragawa­ti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia